Tips - Kecantikan

Atasi Wajah Bengkak Pagi Hari Dengan Helah Genius ‘Air Panas’

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Atasi Wajah Bengkak Pagi Hari Dengan Helah Genius ‘Air Panas’

Mungkinlah dalam drama atau filem, setiap babak bangun tidur, kita dipaparkan dengan aktor dan aktres flawless dan tiada langsung cacat cela, tapi realiti menunjukkan sebaliknya.

IKLAN

Kita bangun tidur pada waktu pagi dan dapati wajah membengkak. Terus mood down! Muka bengkak pada waktu pagi boleh disebabkan oleh banyak perkara, seperti anda makan banyak makanan masin, minum alkohol atau allergi.

Foto – Dermstore

Jadi apa yang biasa dilakukan untuk menghilangkan bengkak di muka? Ada cakap letak timun di muka, cuci dengan air sejuk atau menggunakan jed dengan teknik urutan untuk menstabilkan saluran darah.

Guna Air Panas

Terdapat satu cara sangat mudah untuk menghilangkan bengkak di muka pada waktu pagi dengan segera mandi menggunakan air panas. Mandi dengan air panas pada waktu pagi dapat melebarkan saluran limfa (sebahagian sistem peredaran darah) dan membantu mengalirkan cecair dari muka. Selain membantu peredaran, air panas juga boleh membantu merangsang cecair yang berlebihan untuk keluar dari kawasan mata.

Foto – Pinterest

Kenapa air panas baik untuk kesihatan? Ini jawapannya Pakar Jelas Kenapa Mandian Air Panas Baik Untuk Kesihatan

Mudahkan… Selamat Beramal!