Hiburan

Aduhai Aktor K-Drama Park Yoochun Positif Dadah

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Aduhai Aktor K-Drama Park Yoochun Positif Dadah

Tahun ini pelbagai kisah hitam berlaku dalam industri hiburan Korea. Lepas satu skandal, muncul lagi, rasanya skandal tidak akan pernah berhenti.

Terbaru melibatkan aktor hebat yang kerap muncul dalam drama dan filem, Park Yoochun yang dilaporkan positif dadah. Walaupun sebelum ini dia menegaskan tidak mengambil benda haram tersebut tetapi ternyata keputusan ujian tidak memihaknya.

Hasil ujian sampel pada rambut di kaki menunjukkan Park Yoochun positif dadah. Foto – Twitter

Menurut liputan MBC Newsdesk, Park Yoochun diuji positif penggunaan dadah. Hasil ujian ini akhirnya memihak Gyeonggi Southern Police Agency untuk secara rasmi memfailkan waran tangkap pra-percubaan terhadap Park Yoochun.

National Forensic Service yang bertanggungjawab terhadap ujian mengesahkan mereka menemui kesan “Philopon”, atau methamphetamine dari sampel rambut. Apabila ketepatan Fujian dadah dipersoalkan, kerana Park Yoochun melunturkan (bleached) dalam percubaan untuk menghapuskan kesan biologi, seorang wakil Korean Institute of Criminology mengesahkan, “sampel rambut pada kaki dapat menguji dengan tepat seperti sampel rambut walaupun aktor tersebut bertindak untuk memadamkannya.”

Pernah bergandingan dengan Yoon Eun Hye dalam dram “I Miss You”. Foto – Soompi

Walaupun Park Yoochun terus menafikan penggunaan dadah, terutamanya selepas ujian air kencing awal adalah negatif, tetapi hasıl ujian sampel rambut menunjukkan sebaliknya. Terdahulu, semasa sidang akhbar, Park Yoochun dengan tegas menafikan kesnya dan mengupah peguam untuk memfailkan tuntutan undang-undang terhadap MBC Newsdesk untuk ganti rugi selepas laporan dadah.

Park Yoochun kini ditahan dan menunggu siasatan lanjut yang akan dilakukan pada 26 April 2019.

RUJUKAN

BACA  Nak Dapat Perempuan Dengan Mudah, Alasan Jijik Roy Kim Jadi Penyanyi