Secara ringkasnya temuduga adalah satu sesi penilaian oleh panel temuduga untuk memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat. Untuk mana-mana kerja, pasti ada temuduga tetapi yang bezanya cara temuduga dan juga tempat.
Oleh kerana temuduga adalah satu kaedah penilaian luaran dan mental, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel bahawa mereka adalah calon yang paling layak. Dan sesetengah orang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pekerjaan idaman. Idea yang mereka lakukan di luar kotak pemikiran kita semata-mata untuk mendapat perhatian panel.
Idea ‘gila’ yang dimaksudkan ialah…
1. Seorang wanita diminta untuk menyakinkan calon majikan mengapa dia harus diambil bekerja, dan dia mencadangkan permainan “batu, kertas, gunting”.
2. Seorang pelajar sanggup berjalan dua batu melalui badai salji yang kuat semata-mata mahu menghantar resume.
3. Selepas menghantar kira-kira 250 resume, seorang lelaki menyedari bahawa dia memerlukan satu cara paling menonjol untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi, tindakan drastik dengan membeli billboard dan menjaja diri.
4. Graduan kolej mengambil pendekatan unik dengan membina resume dari permainan Lego. Dengan mempamerkan kemahiran, dia dapat menunjukkan bahawa dia benar-benar serius dan sanggup melakukan segalanya demi pekerjaan impian.
5. Seorang lelaki mengeluarkan iklan di Google supaya apabila salah seorang daripada pegawai yang disasarkan mencari nama mereka sendiri, mereka dapat melihat aplikasi kerja lelaki ini sebagai item carian pertama. Iklan-iklan ini disasarkan kepada enam orang eksekutif.
6. Seorang wanita bernama Liz Hickok menggunakan lampu krismas dengan memberitahu semua orang dia memerlukan pekerjaan.
7. Lelaki bernama Josh Butler dilaporkan mengambil pendekatan yang lebih lucu dengan melelong diri sendiri di eBay dengan £16,000 ($21,000).
Kagum tengok kesungguhan mereka. Jadi, kepada anda yang sedang nak cari kerja, cuba tiru idea dorang, mana tahu rezeki memihak.
All The Best!