Kecantikan

Lagi Muda & Berseri, Warna Gincu “Red Bean Paste” Jadi Trend Wanita Asia Timur

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Lagi Muda & Berseri, Warna Gincu “Red Bean Paste” Jadi Trend Wanita Asia Timur

Pemilihan sesuatu warna untuk gincu tidak pernah tepat. Berubah mengikut mood, pakaian yang disarung serta pelbagai lagi.

Terkini negara di sekitar Asia Timur seperti Hong Kong, Taiwan, dan China dilihat begitu gila dengan warna merah hati ala “red bean paste”. Populariti warna gincu meningkat selepas drama China Yanxi Palace dan Ruyi’s Royal Love in the Palace ditayangkan, di mana para gundik dilihat sering memakai warna gincu bibir ini.

Foto – Chinese Films

Kenapa digelar “red bean paste” atau bahasa kita kacang merah? Sebenarnya tiada sebab rasmi, cumanya warna gincu bibir yang dipakai para pelakon di antara merah jambu, merah, dan coklat – pada dasarnya seakan-akan sama seperti kacang merah. Dan disebabkan itu mereka menggelarnya warna gincu bibir “red bean paste”.

Foto – Pinterest

Ia sangat disukai kerana mudah untuk disesuaikan dengan warna kulit sama ada yang gelap, sederhana atau cerah, dan sesuai dipakai untuk kebanyakan keadaan.

Kenapa Digilai Wanita Sana?

Katanya, warna tersebut tidak terlalu menonjol dan nampak manis persis gadis remaja. Bahkan ada yang percaya bahawa warna kacang merah ini memberikan ilusi kulit yang lebih cerah, berseri dan menyenangkan.

Lihat Seleksi Gincu Warna Kacang Merah Pilihan Wanista

Charlotte Tilbury Matte Revolution Walk Of Shame

Foto – Carousell

Givenchy Le Rouge Lipstick – N 105 – Brun Vintage

Foto – Arkib Wanista

Estee Lauder’s Pure Color Envy Sculpting Lipstick #420 Rebellious Rose

Foto – Arkib Wanista

Boleh tahan cantik. Penulis nak belilah!

BACA  Vitamin Pemutih NuFinity White Bernutrisi & Berkesan