Cinta & Perhubungan

Kenapa Agaknya Lelaki Suka Tonton Video Pornografi?

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Kenapa Agaknya Lelaki Suka Tonton Video Pornografi?

Anda pernah menonton video pornografi?

Tahukah, ketagihan menonton pornografi mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan sehingga mengakibatkan perpisahan, perceraian dan kehilangan nilai moral individu, selain menyebabkan kerosakan saraf otak. Lebih bahaya pornografi mudah diakses dan dilanggan tanpa halangan serta tapisan dengan menggunakan kecanggihan teknologi.

Tahukah, pornografi ditonton oleh kebanyakan individu terutamanya lelaki. Melalui soal selidik yang dilakukan oleh Pew Internet & American Life Project, 26% daripada pengguna internet lelaki akan melayari pornografi manakala hanya 3% daripada wanita yang melakukannya. Kalau lelaki beritahu mereka tak pernah menonton video erotik, memang pembohong sangat!

Terfikir kenapa mereka gemar menonton pornografi?

Alasan #1 Katanya ia adalah jauh lebih selamat berbanding seks bebas

Seks bebas sememangnya mempunyai risiko tinggi menghadirkan penyakit seperti STD dan STI. Disebabkan itu, mereka menggunakan alternatif menonton video pornografi untuk memuaskan keperluan seksual.

Foto – hookfacts

Alasan #2 Lelaki mudah teransang dengan visual

Ya, memang benar! Otak lelaki sangat mudah terangsang dengan seks terutamanya melalui visual. Disebabkan itu, golongan lelaki akan bersedia untuk melakukan seks bila-bila masa sahaja mempunyai peluang. Selain itu, lelaki juga sangat gemar menonton sesuatu sambil merelakskan diri di atas sofa. Jadi, pornografi adalah pilihan yang terbaik buat mereka.

Alasan #3 Lelaki gemar berimaginasi

Kebanyakan individu akan mengaitkan perkara yang mereka lihat dengan diri mereka sendiri terutamanya lelaki. Disebabkan itu, mereka sangat gemar dengan pornografi yang membenarkan mereka untuk berimaginasi lelaki yang ditonton dalam pornografi sebagai diri mereka sendiri.

Foto – Yummy Mummy Club

Alasan #4 Ia adalah salah satu cara untuk relaks

Kebanyakan lelaki akan menggunakan pornografi sebagai pendorong untuk mereka beronani secara cepat – dan ini juga boleh berlaku walaupun mereka sedang menjalani kehidupan seksual yang sihat bersama pasangan. Ia mungkin akan menyebabkan pasangan wanita berasa tergugat dengan perbuatan pasangan mereka. Namun begitu, ia adalah sesuatu yang sangat normal.

Kalau pasangan gemar tonton pornografi, apa yang korang buat?

RUJUKAN

BACA  3 Perkara Anda Perlu Elak Buat Sebelum Bergelar Menantu