Kesihatan

Sakit Kencing Berdarah, Orang Perempuan Sila ‘Alert’!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Sakit Kencing Berdarah, Orang Perempuan Sila ‘Alert’!

Menakutkan bukan bila mendengar tentang sakit kencing berdarah? Percayalah ia memang menyakitkan sehingga tidak dapat dikawal lagi. Dari pengalaman penulis sendiri sakit kencing berdarah atau saluran kencing terkena jangkitan kuman bukan perkara yang diidamkan dan terasa serik sekali bila terkena. Buat pengetahuan anda, orang perempuan lebih tinggi risiko untuk terkena jangkitan kuman di saluran kencing berbanding lelaki. Jadi nasihat penulis, berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan dikawasan intim itu. 

IKLAN

Anda perlu peka dengan simptom jangkitan saluran kencing yang biasa anda tidak perasan

#1 Terasa kerap untuk buang air

#2 Pedih ketika keluar air kencing

#3 Kencing berbau

#4 Warna air kencing kelabu, kekuningan atau bercampur darah jika serius

#5 Sakit dibahagian pelvis

Foto – thedailybeast.com

Rawatan yang diberi

Jika berlaku kesakitan yang kritikal anda harus segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Kebiasaannya doktor akan mendapatkan sampel air kencing untuk melihat tahap serius jangkitan. Terdapat tiga tahap jangkitan boleh berlaku, urethra (sakit ketika kencing), pundi kencing (tekanan pada pelvis, kerap kencing, pedih dan berdarah) dan buah pinggang (sakit belakang pinggang, demam, pening, muntah dan kesejukan). 

IKLAN

Doktor akan beri pesakit antibiotik untuk membasmi kuman, pil penahan sakit dan minuman melawas kencing. 

Foto – CDC

Bila tidak dirawat dengan segera atau baik mungkin jangkitan boleh kembali berulang sehingga empat kali setahun, kuman menular pada buah pinggang, tinggi risiko mendapat kelahiran bayi pra-matang dan komplikasi kencing yang menyukarkan. 

Kenapa perempuan senang kena jangkitan kuman pada saluran kencing? 

#1 Saluran kencing wanita lebih pendek dan mudah terkena jangkitan kerana paling dekat dengan pundi kencing.

#2 Kesan daripada ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan boleh menjejaskan.

#3 Kebersihan agak sulit selepas melakukan hubungan seks, harus dibersihkan dengan segera. 

#4 Perubahan hormon terutamanya selepas berlaku menopaus.

Foto – Healthline

Cadangkan penulis kepada rakan wanita diluar sana kerap minum air putih, cuba kurangkan minuman manis, pakai seluar dalam bersih dan cuci sebaiknya bahagian intim dengan air bersih.

RUJUKAN