Info Menarik

Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

Senjata orang Muslim ialah doa dan ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya. Surah-surah yang terkandung dalam kitab itu bukan sahaja dijadikan sebagai petunjuk hidup tetapi mempunyai lebih dari 1001 kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkannya. Bayangkan dalam beberapa keratan ayat Al-Quran boleh menyembuhkan penyakit, menenangkan hati dan menjadi pelindung diri. 

Wanista ingin berkongsi tentang keratan ayat 128 -129 dari Surah At-Taubah yang mempunyai khasiat sendiri apabila diamalkan harian atau menghafalnya. 

Pertama sekali fahamkan maksud ayat…

Foto – IlmuDoa.Net
Ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Ayat 129 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Foto – iStock

Surah At-Taubah ini adalah mengenai tentang pembatalan perjanjian diantara kaum muysrik Arab dengan Rasulullah dan Allah SWT. Dimana mereka telah diberi 4 bulan masa untuk menerima Islam tetapi gagal dan kemudian dihukum oleh Allah. Surah ini menandakan rahsia kaum munafik yang pura-pura Islam pada zahirnya, sedang mereka tetap kafir pada batinnya. 

Kebaikan dari ayat ini ialah dipercayai boleh..

#1 Memanjangkan usia jika diizinkan oleh Allah (Insha -Allah).

#2 Memudahkan segala urusan harian (siang dan malam) jika dibaca setiap pagi dan pada waktu penghujung hari. 

#3 Menambah keteguhan iman kita kepada Allah SWT. 

Cara mengamalkan ayat ‘Laqod Jaa’kum’ ialah dengan dibaca sebanyak tujuh kali selesai solat fardhu terutamanya solat subuh dan mahgrib.

Marilah kita sama-sama menambah pelindung diri dengan ayat-ayat mustajab Al-Quran dan yang paling penting ialah mendapat keredhaan dari Allah SWT. 

RUJUKAN 1, 2 & 3