Kecantikan

Tak Perlu Lagi Banyak Step Untuk Jaga Muka Dengan Produk Baru Laneige!

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Tak Perlu Lagi Banyak Step Untuk Jaga Muka Dengan Produk Baru Laneige!

Rutin penjagaan wajah ala Korea ada yang sehingga 7 ke 10 langkah. Dengan toner, serum, essence, ampoule, mask, yang adakalanya memeningkan kita.

Laneige Cream Skin Refiner

Untuk memberi tumpuan kepada rutin penjagaan kulit yang lebih mudah dan padat, seseorang boleh mengenal pasti produk penting yang diperlukan untuk kulit dalam keadaan optimum. Memahami keperluan pengguna, Laneige memperkenalkan Laneige Cream Skin Refiner yang baru, produk berasaskan toner yang diselitkan dengan sifat cream untuk menambahkan kelembapan dan penghidratan.

Laneige Cream Skin Refiner (150ml) – RM 125.00. Foto – Arkib Wanista

Tahukah Laneige Cream Skin Refiner adalah hasil penyelidikan selama 19 tahun dari pasukan R&D Laneige. Menggunakan Cream Blending Technology, Laneige Cream Skin Refiner memberikan kelembapan pada kulit dengan menguatkan penghalang kulit mereka yang sensitif terhadap kulit kering. Ia mempunyai sifat pelembap yang kuat, ringan tetapi mencipta kesan yang tahan lama untuk mengekalkan kulit terhidrasi.

Bahan Yang Terbaik

Dirumuskan dengan sifat White Leaf Tea Water yang kaya dengan Asid Amino, Laneige Cream Skin Refiner sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering yang sangat kering dan mereka yang sensitif terhadap kulit kering. Ia juga diperbuat daripada bahan-bahan EWG Green Grade, bebas daripada PEG, wangian, bahan haiwan dan sebarang pigmen sintetik. Oleh itu, dengan menggunakan Laneige Cream Skin Refiner membantu untuk melembapkan kulit secara mendalam untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan lembap.

Tiada lagi kulit kering dengan Laneige Cream Skin Refiner. Foto – Arkib Wanista

Info lanjut, boleh semak Facebook [LANEIGE Malaysia].

BACA  Apa Kebaikan Pengambilan Suplemen Vitamin C Kepada Kulit?