Info Menarik

Untungnya, Ni Benda Yang Perempuan Pipi Tembam Kena Hadap Setiap Hari

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Untungnya, Ni Benda Yang Perempuan Pipi Tembam Kena Hadap Setiap Hari

Adakah kamu termasuk dalam golongan berpipi tembam?

Orang kata individu pipi tembam ini comel tapi sebenarnya kalau tidak dijaga mahu nampak bulat dan gemuk bak buah tembikai. Tidak tahu pada kamu, tapi itulah yang penulis rasa setiap kali makan banyak. Tiba-tiba tengok muka di cermin dan senyum makin bertambah tembam dan montel. Bila nak bergambar, sebaik mungkin mahu ditutupi dengan rambut agar bentuk muka terlihat kecil dan sedikit meruncing. Sedihkan…

Giphy

Mereka mengatakan bahawa baby fat di wajah akan hilang apabila mencapai usia dewasa, tetapi kamu telah mencapai usia dewasa dan kenapa masih mempunyai pipi yang gemuk ini. Tidak kira berapa banyak sudut kamu cuba bila bergambar, tulang pipi tetap tidak pernah muncul, seakan segan atau memang langsung tak ada.

Bukan itu sahaja, si pipi tembam terpaksa berdepan dengan beberapa perkara ini…

Contouring Penyelamat Dunia

Ya, tiadalah kamu nampak seperti remaja. Ramai rasanya sudah jelas tentang contouring yang mahu mencipta bayangan gelap pada bahagian tepi hidung, bawah pipi tulang, rahang dan sekitar atas dahi. Teknik ini untuk muka tampak lebih kurus dan runcing. Hidung yang tak mancung boleh jadi mancung tau.

Foto – Twitter

Baca : 4 Kesalahan Contouring Yang Mungkin Anda Kerap Lakukan

Kamu Sentiasa Dipanggil Comel Tapi Tidak Seksi, Cantik…

Seksi memang jarang! Memang baik-baik saja bila dipanggil comel tetapi adakah kamu masih mahu dipanggil comel walaupun sudah berusia 30 tahun? Atau 40 dan seterusnya? Memang nampak muda tetapi sesekali mahu juga dikatakan seksi, hot… Yang orang zaman sekarang sepatutnya menggunakan lebih banyak istilah yang sesuai dengan usia seperti “gorgeous“, “hot“, “cantik”, “stunning“. Istilah yang sepatutnya pada individu tersebut.

Foto – USA Today

Orang Nak Cubit Pipi Tembam Sesuka Hati

Dah nama pipi tembam memang orang geram tengok. Tapi itu tidak bermaksud boleh mencubit pipi sesuka hati mak orang. Kamu pernah berdepan dengan situasi di mana bila balik beraya di kampung, punyalah sakan makcik, saudara mara berkemurun di sekeliling kamu kerana ‘geram’kan dengan pipi tembam kamu, mereka rasa nak cubit. Kalau masih di usia remaja, mungkinlah boleh tapi bila dah meningkat senja, bukan ke pelik…

Foto – Twitter

Kamu Secara Rahsia Google Tips Runcingkan Muka

Ini yang penulis selalu buat! Hehehe… sambil menyiapkan tugasan, tangan laju sahaja Google bermacam tips untuk mendapatkan muka runcing lebih seksi bak Keira Knightley atau Kendall Jenner. Sanggup membaca pelbagai ulasan produk facial slimming dari Korea dan Jepun, yang kebanyakan memberikan magik kurus. Belum lagi petua turun temurun kerana kesungguhan nak nampak muka kecil.

Foto – Page Six

Bila Orang Terkejut Dengan Usia Asal Kamu

Itu yang manisnya tentang orang berpipi tembam. Kerana wajah kamu kelihatan lebih muda daripada usia yang sebenar, orang tidak akan mempercayai apabila kamu memberitahu mereka usia kamu yang sebenar. Hahaha.. Happy sekejap!

Foto – Insider

Bukanlah penulis tak suka pipi tembam tapi jujurnya ia membuatkan muka nampak bulat dan gemuk… Rasa kurang berkeyakinan, lagi-lagi bila bab bergambar. Tapi pada yang sama buat kamu MUDA, jadi….

Kena pupuk semangat #LoveMyself #LoveYourself dalam diri!