Namanya meningkat naik selepas membintangi filem superhero “Aquaman”, Jason Momoa mengejutkan peminat selepas mencukur jambang idaman setiap wanita. Rakaman dramatik aksinya itu dimuat naik ke Youtube, di mana semua peminat seluruh dunia hancur lebur dan kecewa kerana trademark lelaki sado ini telah hilang.
Tapi kenapa Jason Momoa mencukur jambang selepas bertahun menyimpannya?
Beliau mahu menyampaikan mesej tentang kitar semula dan tidak lagi menggunakan botol plastik.
“Saya hanya mahu melakukan ini untuk membawa kesedaran bahawa plastik merosakkan planet kita, dan saya fikir saya mempunyai penyelesaian. Hanya ada satu perkara yang benar-benar boleh membantu planet kita dan mentelamatkan planet selagi kita mengitar semula, dan itulaha aluminium. Ia 100% boleh dikitar semula, ” jelas lelaki ini penuh kesungguhan.
“Saya mencukur jambang ini, sudah tiba masanya intui membuat perubahan. Perubahan untuk yang lebih baik… untuk anak-anak saya, anak-anak anda, dunia. Mari kita membuat perubahan positif untuk kesejahteraan planet ini.
“Mari kita membersihkan lautan, tanah kita. Marilah beralih kepada aluminium yang boleh dikitar semula sebaik mungkin.
Tonton Video Jason Momoa Buang Jambang
Walaupun niat Jason Momoa baik tetapi segelintir peminat seperti tidak dapat menerima hakikat dan menjadi murung kerana jambang merupakan sebahagian imej lelaki sasa ini. Malah, ada yang lebih mementingkan personaliti aktor ini berbanding mesej yang ingin disampaikan. Apa kata anda?
Ala janganlah sedih… nanti tumbuhlah jambang tu!