Fesyen

Steve Madden Keluar Koleksi Selipar Tumit Tebal Ala “Minah Rempit”

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Steve Madden Keluar Koleksi Selipar Tumit Tebal Ala “Minah Rempit”

Nak tanya tahu tentang kewujudan Selipar Tumit Tebal?

Ala seperti gambar di bawah..

Foto – Twitter

Murah dan mudah didapati, malah banyak saiz ketebalan boleh dipilih. Nak tahu apa motif yang menariknya tentang selipar ini sampaikan ramai kaum perempuan menyukainya? Adakah semata-mata nak nampak tinggi? Like Seriously! Untuk tampak cantik pun tidak, hendak bagi keselesaan rasanya tidak juga.

Baca : Fesyen Merepek Gadis Malaysia Yang Perlu Stop Pakai!

Sekarang jenama Steve Madden tampil mengeluarkan seleksi yang dipanggil “Slinky” platform sandals untuk individu milenial yang gemar kepada fesyen yang ranggi.

Foto – Arkib Wanista

Masih dengan reka bentuk yang tradisional, “Slinky” didatangkan dalam pelbagai pilihan warna seperti merah jambu, hitam, oren serta pelbagai lagi. Setiap satu sandal berukuran tiga inci dari fabrik getah. Harga pula hanya sekitar $60 hingga $70 (lebih kurang RM240 ke atas).

Foto – Arkib Wanista

Berminat, anda boleh dapatkan di laman web rasmi [www.stevemadden.com].

p/s – Versi Steve Madden yang cantik punya dan nampak kelas!

BACA  Korang Mampu Tengok Je, Ni 8 Produk Hermes Paling Ikonik