Hiburan

Tonton Trailer Song Joong Ki Comeback Drama Baru, Lebih Mencabar Dan Epik

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tonton Trailer Song Joong Ki Comeback Drama Baru, Lebih Mencabar Dan Epik

Lupakan BTS, BlackPink… Comeback yang paling dinantikan peminat K-Drama menyaksikan aktor tersohor Song Joong Ki muncul dengan drama baru.

IKLAN

Bukan drama dengan jalan cerita yang stereotaip, suami kepada Song Hye Kyo beraksi hebat, epik dan mencabar dalam sinematografi yang cukup mendebarkan penonton.

Rangkaian TVN telah mengeluarkan trailer drama bersejarah yang menyaksikan Song Jong Ki dalam persalinan purba yang cukup macho dan sasa, yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Drama “Asadal Chronicles” dibintangi bersama rakan aktres Kim Ji Won.

Foto – Dramabeans

Drama bersejarah ini dijadualkan bakal menemui penonton pada bulan Jun nanti.

Muka babyface tapi bila berlakon… memang cair dengan lagak ‘kelakian’nya…. Untung Hye Kyo!

IKLAN

RUJUKAN