Berita & Isu Semasa

Sanggup Tukar Result Anak, Aktres Felicity Huffman Berdepan Hukuman Penjara

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Sanggup Tukar Result Anak, Aktres Felicity Huffman Berdepan Hukuman Penjara

Inginkan yang terbaik buat anak, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja sehingga memudaratkan diri sendiri.

Itu yang terjadi pada seorang aktres hebat Felicity Huffman yang terkenal menerusi siri “Desperate Housewives”. Huffman didakwa terlibat dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat. Dia merupakan salah seorang daripada 13 ibu bapa yang mengaku bersalah terlibat dalam skandal tersebut. Huffman dituduh membayar AS$15,000 atau hampir RM62,000 untuk menukar keputusan peperiksaan anaknya pada 2017.

Terkini, pihak pendakwa raya merancang untuk mendapatkan hukuman 10 bulan penjara terhadapnya. Satu perjanjian rayuan akan dikemukakan pihak pendakwa raya yang mengesyorkan hukuman paling rendah termasuk bayaran denda AS$20,000 dan 12 bulan seliaan.
Sebagai tambahan kepada hukuman paling rendah, pihak pendakwa tidak akan mendakwa Huffman dengan lebih banyak kesalahan. Huffman akan dibicarakan semula pada 21 Mei ini.

Macam mana boleh tergamak buat macam tu?

RUJUKAN

BACA  T.O.P Tampak 'Segar' Selepas Tamat Menjalani Perkhidmatan Awam!