Penulis mengetahui tentang kewujudan Sindrom Tourette selepas menonton filem hindi berjudul “Hichki” lakonan Rani Mukerji. Filem ini menceritakan tentang seorang wanita yang mahu menjadi guru tetapi mengalami pelbagai halangan dan penolakan hanya kerana penyakit Sindrom Tourette dialaminya. Di awal filem, diceritakan bagaimana dia dibuli dan diejek kerana kerap mengeluarkan bunyi asing secara tiba-tiba sehingga mengganggu keadaan persekolahan.
Yang jelas penghidap Sindrom Tourette sering diejek oleh kawan-kawan, atau kadangkala terus dibenci begitu sahaja. Mengganggu, itu yang lazim dilabel kepada mereka.
Turut menghidap Sindrom Tourette sejak kecil lagi, penyanyi yang meningkat naik Billie Eilish tidak tempias menjadi mangsa buli bahkan mengejutkan media ketika sesi temu bual dengan perbuatan yang diluar kawalan itu.
“It’s something I’ve lived with my whole life. Everybody in my family, all my friends, all the people that are closest to me know I have it and it’s not anything different.”
Memalukan apabila kompilasi videonya berkelakuan “aneh” ketika dalam sesi temu bual menjadi siulan peminat. Menerusi program The Ellen Show, Billie mendedahkan penyakit Sindrom Tourette yang dialami masih terkawal.
Definisi Sindrom Tourette
Sindrom Tourette merupakan gangguan pada saraf otak iaitu neurological yang boleh mengakibatkan berlakunya tingkah-laku, perbuatan atau kata-kata diluar kawalan, tidak disengaja atau berulang-ulang yang dikenali sebagai tics.
Tics dapat didefinisikan sebagai pergerakan atau pertuturan yang berlaku secara spontan, pantas, tanpa sebab, berulang kali dan diluar kawalan seseorang yang mengalami Sindrom Tourette. Tics merupakan sentakan atau kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang tidak sengaja dilakukan oleh individu yang mengalami Sindrom Tourette.
Terjadinya Sindrom Tourette apabila seseorang itu mempunyai dua tics iaitu yang mempengaruhi pergerakan badan dan bunyi. Walaubagaimanapun, tindakan rawatan untuk Tourette ini tidak perlu dalam kebanyakan kes, penghidap tidak pernah didiagnosis atau pernah mendapatkan rawatan perubatan.
Orang Melayu Gelarkan “Kenan”
Dilaporkan Sindrom Tourette difahami sebagai masalah saraf yang diwarisi sejak usia kanak-kanak yang muncul dalam bentuk beberapa kenan fizikal, dan sekurang-kurangnya satu kenan vokal. orang Melayu menggelar penyakit ini dengan subjek utamanya iaitu Kenan.
Tentu sahaja, jika kenan ini hanya pada beberapa pergerakan fizikal kecil yang tidak terkawal, maka ia tidaklah begitu menjejaskan kehidupan pesakit. Tetapi jika ia sampai ke satu peringkat yang kronik dan bertambah buruk dari semasa ke semasa, ia amatlah menyeksa pesakit, juga keluarga.
Punca Sindrom Tourette
Dilaporkan Sindrom Tourette berkaitan dengan faktor genetik atau keturunan. Hasil kajian tentang genetik kekeluargaan pada peringkat awal telah merumuskan bahawa akan berlaku salinan gen yang tidak sempurna dan akan diturunkan dari salah satu orang tua kepada pewarisnya yang amat berisiko untuk menghidap Sindrom Tourette.
Ada beberapa pendapat menyatakan kanak-kanak yang mengalami Sindrom Tourette besar kemungkinan pernah mengalami kesukaran ketika kelahiran atau ibu mereka telah mengalami kehamilan yang bermasalah.
Pada bahagian otak pesakit Sindrom Tourette iaitu bahagian Ganglia basal, Lobes depan dan Cortex berlakunya unsur abnormal. Selain dari bahagian yang disebutkan, unsur abnormal juga dapat dikesan pada saraf yang menyambung otak pengidap serta bahagian neutritransmiter (Dopamine, Seroyanin dan Norepinephre) yang mempunyai fungsi untuk berinteraksi dan berkomunikasi di antara sel saraf.
Ubat Dan Rawatan
Sindrom Tourette tidak mempunyai ubat khusus yang menghapuskan simptom ini tapi bagi pesakit Sindrom Tourette yang mengalami tics yang kritikal dan sangat mengganggu terutamanya dari segi tingkah laku mereka amat memerlukan ubat yang berkesan. Menggunakan salah satu ubat biasa, yang dipanggil Haloperidol untuk merawat keadaan. Selain ubat-ubatan, sebaiknya pegi kepada terapi psiko kerana banyak perubahan tingkah laku dikaitkan dengan gangguan ini.
Jangan pandang serong dengan individu sebegini… Selamat Beramal!