Tips

Jangan Bawa! Ni Larangan Hadiah Ketika Melawat Pesakit Kanser

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Jangan Bawa! Ni Larangan Hadiah Ketika Melawat Pesakit Kanser

Tahukah, ada pantang-larang ketika kamu mahu melawat pesakit kanser.

Adakalanya hadiah yang ringkas dapat menghiburkan seseorang. Dan jika kamu membuat keputusan untuk memberi hadiah kepada pesakit kanser, pastikan ianya selamat kepada mereka. Perlu diingat rawatan seperti kimoterapi, terapi radiasi dan pembedahan boleh menyebabkan reaksi fizikal dan trauma emosi yang tidak menyenangkan, jadi kamu perlu lebih bijak dan sensitif dalam memilih hadiah untuk mereka.

Jangan sesekali beri 4 hadiah seperti berikut…

Bunga atau Tumbuhan

Bunga atau tumbuh-tumbuhan lain secara semulajadi membawa spesies debunga dan kulat, dan boleh menyebabkan jangkitan kepada seseorang dengan sistem imun yang terjejas. Bukan itu sahaja, bunga layu dan mati memberi simbol yang boleh mencetuskan emosi negatif kepada individu terbabit.

Foto – Pinterest

Perkhabaran lain, menerusi laman media sosial, Institut Kanser Negara telah mengeluarkan kenyataan larangan bunga segar di wad. Ini kerana pesakit yang menjalani kimoterapi mempunyai kurang daya tahan badan (immunocompromised). Larangan ini adalah untuk mengelakkan jangkitan.

Belon

Kenapa? Hal ini difahamkan belon yang berwarna-warni atau berkilat sebenarnya bukan untuk pesakit kanser. Belon standard lateks atau getah boleh menyebabkan reaksi alergi terhadap orang yang kini mempunyai kulit yang sangat sensitif. Juga, belon logam atau mylar tidak dibenarkan di ICU kerana ia boleh mengganggu peralatan perubatan elektronik.

Foto – Unsplash

Losyen, Minyak Wangi atau Produk Yang Berbau

Produk jenis losyen, minyak wangi, colonge atau apa sahaja produk yang mendatangkan bau wangi bukanlah hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada seseorang dalam rawatan kanser. Kimoterapi dan radiasi sering mengubah rasa bau seseorang, jadi mereka mungkin mendapati bau tertentu yang sama sekali tidak tertanggung atau memualkan.

Foto – Pinterest

Gula-Gula atau Manisan

Individu yang menjalani rawatan kanser sering kali di bawah diet ketat yang menghadkan berapa banyak gula yang boleh mereka makan. Kimoterapi dan radiasi juga boleh merosakkan permukaan lidah dan menyebabkan luka mulkt, membuatkan gula-gula tidak menyenangkan dan menyakitkan.

Foto – Tumblr

Jelaskan?… Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12

BACA  Hidup Lebih Gembira! Tips Mudah Eratkan Perhubungan Dengan Orang Sekeliling