Ramadhan & Aidilfitri

Harga Buffet Ramadhan 2019 Yang Ditawar Hotel Mewah Sekitar Lembah Klang

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Harga Buffet Ramadhan 2019 Yang Ditawar Hotel Mewah Sekitar Lembah Klang

Ramadhan bakal tiba lagi!

Bila bicara bab Ramadhan, sudah semesti juadah makanan yang kita utamakan. Nak makan apa? Nak masak atau makan luar untuk orang bekerjaya? Jika pilih berbuka di luar, di mana lokasi terbaik dan berbaloi?

Berkesempatan menghadiri beberapa buffet ramadan sekitar hotel di Lembah Klang, ada beberapa yang menarik perhatian penulis.

Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Menawarkan lebih daripada 100 makanan tempatan, “Muhibbah Feast” yang tersedia di Pavilion Hotel Kuala Lumpur bermula 9 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019 menawarkan lebih daripada 100 makanan tempatan yang enak dan menyelerakan.

Foto – Arkib Wanista

Akan ada promosi early bird hanya RM98 bagi setiap orang dewasa dan RM49 kanak-kanak untuk sebarang pembelian dari sekarang hingga 8 Mei 2019. Untuk tempahan yang dibuat selepas tarikh promo, harga akan menjadi RM 135 bagi dewasa dan RM 68 kanak-kanak. Pembelian untuk sepuluh orang juga tersedia, di mana dua orang makan percuma manakala lapan yang lain dikehendaki bayaran penuh.

Foto – Arkib Wanista

Nak tempah, sila hubungi +603 2117 2821.

Hilton Kuala Lumpur

Menyediakan tema Santapan DiRaja, mempamerkan makanan setiap negeri seperti Perak, Melaka, Johor dan banyak lagi. Sambil menikmati hidangan ramadhan, akan akan disediakan dengan persembahan Silat dan Gamelan yang luar biasa.

Foto – Arkib Wanista

Buka Puasa Buffet Ramadhan akan bermula dari 5 Mei – 4 Jun 2019 dari 6.00 petang ke 10.30 malam. Harga yang ditawarkan RM188 dewasa dan kanak-kanak pula RM100 yang berumur 6 hingga 11 tahun.

Foto – Arkib Wanista

Nak tempah, sila hubungi +603 2264 2264.

Pullman KLCC

Sempena Ramadhan mandatang, Pullman KLCC menyediakan aneka makanan sekitar 200 dari 14 buah negeri yang ada di Malaysia dari chef terkemuka.

Foto – Facebook Pullman KLCC

 Promosi early bird RM108 untuk dewasa yang boleh didapati pada 20 April ini. Harga biasa pula hanya RM138 dewasa.

Foto – Facebook Pullman KLCC

Berminat nak tempah, sila hubungi 03- 2170 8888.

Grand Hyatt Kuala Lumpur

JP Teres dari Grand Hyatt akan menyediakan lebih daripada 150 aneka juadah diringi 20 live-cooking yang mampu membangkitkan deria rasa. Highlight setiap Jumaat dan Sabtu akan ada malam barbecue.

Foto – Arkib Wanista

Promosi early bird hanya RM158 bagi dewasa dan RM79 kanak-kanak bermula 6 hongra 12 Mei 2019. Harga biasa pula RM178 dewasa dan RM89 kanak-kanak.

Foto – Arkib Wanista

Berminat, anda boleh hubungi 03-2182 1234.

Intercontinental Kuala Lumpur

Kali ini, Intercontinental Kuala Lumpur pancing pelanggan dengan aneka juadah yang klasik seperti Murtabak, Rojak, Aiskrim Potong, Kibas Bakar, Tau Foo Fah serta pelbagai lagi.

Foto – Facebook InterContinental Kuala Lumpur

Anda hanya perlu membayar RM 165 untuk seorang dewasa dan lagi menarik jika membuat tempahan seramai 200 orang, anda boleh nikmati seekor kambing bakar beramai-ramai.

Foto – Facebook InterContinental Kuala Lumpur

Hubungi 03 2782 6339 untuk membuat tempahan lanjut. Jangan lepaskan peluang ini!

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Bertemakan Sajian Tradisi Zaman ke Zaman, Seri Pacific masih mengekalkan sajian tradisional mengikut citarasa masyarakat majmuk. Sudah tentu hidangan seperti asam pedas, rendang, masak cili api, gorengan serta pelbagai lagi yang kecur air liur.

Foto – Facebook Seri Pacific Hotel

Harga early bird hanya RM90 untuk yang dewasa dan RM45 kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun, perlu ditempah sebelum 15 April 2019. Harga biasa pula RM120 bagi dewasa dan RM60 kanak-kanak.

Foto – Facebook Seri Pacific Hotel

Berminat, boleh hubungi 03-4042 5555.

Impiana KLCC Hotel

Apa yang ditawarkan Impiana KLCC? Menyediakan sajian tempatan yang mampu menggamitkan kenangan masa lampau. Lebih beratus-ratus makanan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan.

Foto – Facebook Impiana KLCC

Harga ditawarkan ialah RM148 dewasa dan RM73 untuk kanak-kanak antara 6 hinca 12 tahun sahaja.

Foto – Facebook Impiana KLCC

Kalau teringin nak cuba Impiana KLCC, sila hubungi +603 2147 1111.

Aloft Kuala Lumpur Sentral

Jom Buka @ Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral bukan sahaja menyediakan juadah tempatan malah selera unik Indonesia juga antara yang must-haves! Nasi padang, ayam penyet serta pelbagai sambal yang pedas boleh anda cuba.

Foto – Facebook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Anda hanya perlu bayar RM138 dewasa dan makanlah sepuasnya! Hubungi +603 2723 1188 kalau rasa nak membuat tempahan.

Foto – Aloft Kuala Lumpur Sentral

Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Apa yang ditawarkan Renaissance Kuala Lumpur Hotel? Bertemakan ‘Sajian Aneka Rasa’ yang dibawakan oleh Chef Supi Mansor, mengetengahkan juadah Melayu yang enak dan mengenyangkan. Antaranya ialah gulai kawah kambing, kerabu mangga muda, tauhu sumbat, aneka ayam percik serta pelbagai lagi.

Foto – Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Harga juga murah dan berpatutan, hanya RM138 untuk dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak. Berminat boleh hubungi, 03 2771 6692.

Foto – Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Nampak sedap semuanya. Apa lagi buat tempahan sekarang!

Salam Ramadhan..

BACA  Solat Sunat Tarawih Di Rumah, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu