Yes, she’s Nailed It!
Ariana Grande pukau penonton yang membanjiri Coachella 2019 dengan persembahan paling luar biasa dan terbaik buat setakat ini.
Tidak keseorangan, Ariana ditemani boyband popular era 90an N’SYNC, rapper Nicki Minaj dan Diddy sebagai tetamu istimewa. Selain vokalnya yang memukau dan tenaga dalam menyanyikan setiap lagu hits, persembahan penyanyi genit ini yang terkenal dengan konsep boneka futuristik langsung tidak mengecewakan.
Ariana Grande menyinar dalam set pakaian two-pieces paling comel dan seksi dari warna-warna yang menyerlah. Dipadukan dengan stiletto boots, aksesori rambut dan semestinya ponytail tinggi yang merupakan trademark. Pelantun suara “Thank You, Next”, mendapatkan khidmat stylist Law Roach dalam mereka busana istimewa bagi setiap lagu yang disampaikan.
Pakailah seksi macam mana, Ariana tetap nampak comel dan manjanya.