Cinta & Perhubungan

Hubungan Yang Tampak Baik Boleh Retak Sebab 3 Perkara Ni…

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Hubungan Yang Tampak Baik Boleh Retak Sebab 3 Perkara Ni…

“Bahagianya tengok mereka berdua”.

“Nampak happy macam langsung tak masalah”.

“Apa rahsia hubungan mereka nampak ceria sentiasa”?

Sebuah hubungan perlu dilandaskan dengan cinta dan komitmen yang kuat. Menjaga keutuhan hubungan perlu dilakukan bersama-sama, tapi kadangkala kita tidak menyedari ada sikap-sikap “racun” kita sehingga membuatkan hubungan yang tampak baik-baik boleh jadi RETAK.

Memang menakutkan tapi kerana 3 Sebab ini, benda itu boleh berlaku.

Menghindari Masalah

Foto – Variety

Siapa yang suka dengan pertengkaran. Tapi bila dari pertengkaran akhirnya bisa sama-sama belajar dan menemui penyelesaian, maka itu lebih baik daripada hanya berdiam diri walaupun dalam sebuah masalah. Jika kedua-dua mendiamkan diri, masing-masing tidak mahu berkomunikasi maka perhubungan jadi agak canggung sehingga boleh retak. Bahkan rasa nyaman dalam hubungan boleh berkurangan bila masalah yang ada tak pernah dibicarakan dan dibahas bersama.

Berfikiran Negatif Setiap Saat

Foto – Variety

Sebagai contoh bila salah seorang daripada anda ingin meluangkan masa bersama, anda asyik terdetik akan setiap aktiviti yang dilakukan di belakang. Rasa sangsi mulai bersarang di minda. Jika kita terus berfikir secara negatif seperti itu, hubungan boleh retak tanpa kita ketahui. Sebelum menjadi prasangka, adalah baik untuk menjelaskan terlebih dahulu. Sentiasa bersikap realitistik dan rasional sebelum membuat kesimpulan.

Terlalu Menuntut Kesempurnaan

Foto – Collider

Anda pernah berdepan dengan hubungan di mana anda perlu menjadi orang lain demi memuaskan hati si dia? Si dia mahukan perempuan sebegini, sebegitu, padahal anda sebaliknya? Jika kita terlalu menuntut kesempurnaan pada pasangan, maka akhirnya kita yang akan kecewa. Kita tidak boleh mengharapkan pasangan bersikap mengikut keinginan kita. Bahkan kita sendiri juga tak bisa selalu tampak sempurna di depan pasangan setiap waktu. Semua kelebihan dan kekurangan yang ada perlu kita terima dengan seutuhnya agar sama-sama meningkatkan kualiti diri bersama pasangan.

Gembira Selalu & Selamat Beramal!

BACA  Jangan Asyik Melawa Je, Ini Kerja Sebenar Bridesmaid Di Majlis Kahwin