“Less is More”.
Jika berkunjung ke kedai serbaguna kelahiran Jepun, Muji, penulis confirm anda jatuh cinta dengan konsep yang diterapkan, sesuatu yang minimalis tetapi penuh selesa membuatkan kita rasa nyaman melihatnya.
Bila kita menghias rumah, meletakkan terlalu banyak barang sehingga membuat rumah serabut perlu dielakkan, tetapi jika terlalu sedikit juga membuatkan kedaaan rumah agak kosong, tidak bernyawa. Perlu anda seimbang dalam mengatur setiap kelengkapan rumah.
Buat anda yang gila sangat dengan stail Muji, Wanista cuba bantu sebaik mungkin…
#1 Cahaya Semulajadi
Satu aspek yang sering dilihat di kedai-kedai Muji ialah penggunaan lampu yang mencukupi atau cahaya semulajadi untuk menimbulkan suasana yang terang dan cerah. Walaubagaimanapun, cahaya tersebut just nice dan tidak terlalu menyakitkan.
Bawa kesan yang sama ke dalam ruang anda dengan memaksimumkan jumlah penapisan cahaya semulajadi ke rumah. Anda boleh letak langsir dari fabrik sheer yang ringan, atau lampu dari warna-warna semulajadi seperti kelabu, putih atau kuning pada dinding untuk melantun cahaya. Juga, elakkan menghalang aliran cahaya dengan perabot, dan mungkin juga boleh ditambahkan cermin.
#2 Susun Atur Yang Praktikal
Di sini maksudnya, lebih dari sekadar estetika, rumah yang diilhamkan Muji juga perlu praktikal dalam kehidupan seharian. Itulah sebabnya, penyimpanan yang mencukupi memainkan peranan yang besar dalam memastikan ruang kelihatan teratur dan cukup rapi, bahkan mudah dijaga.
Sebagai contoh, Muji banyak menggunakan rak menyimpan daripada kayu seperti contoh yang ditunjuk.
#3 Permainan Warna-Warna Hangat
Setiap kali ke Muji, anda perasan mereka hanya menggunakan warna yang light, pastel dengan sedikit warna tanah. Ya, itu gaya Muji. Cukup gunakan warna-warna hangat seperti hijau pokok, kelabu, coklat, coklat cair, putih, krim atau pastel bagi memberi kesan yang clean dan klasik.
Tidak hanya untuk dinding, berpegang pada palet warna ini dari segi perabot, fabrik kain, perhiasan rumah mahu pun kelengkapan dapur. Akhir sekali, semaikan elemen semulajadi alam sekitar dengan meletakkan pokok bunga hidup untuk memberi suasana ceria dan segar, yang juga membantu memberi ruang yang tenang.
#4 Perabot Moden Yang Boleh Diguna Pakai
Muji tidak menerapkan penggunaan perabot yang banyak. Senang cerita masyarakat Jepun lebih memilih perabot dan dekorasi yang praktikal, semulajadi dan klasik – kepingan fleksibel untuk digunakan semula dari masa ke masa.
Selaras dengan gaya Jepun, pilih kepingan perabot dari kayu yang ringan seperti bic dan oak, dipadankan dengan fabrik kain linen atau kain kapas untuk langsir, katil atau permaidani. Sebaiknya, pertimbangkan untuk melabur dalam kepingan yang dapat bertahan lama.
Elemen paling penting dalam asas deko ala Muji ialah KEBERSIHAN! Pastikan untuk sentiasa vakum dan lap setiap debu secara teratur, rumah yang kemas akan mencapai gaya minimalis yang diidamkan, setara dengan stail Muji.
Selamat Beramal!