Tiada lagi gambar ikonik di depan hospital sambil melambai tangan, memangku anak, dengan fesyen dan kecantikan semulajadi yang memukau rakyat di seluruh dunia.
Hal ini apabila Putera Harry dan Meghan Markle merancang untuk menyambut ketibaan anak pertama dalam situasi lebih tertutup dan privasi, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Buckingham Palace pada Khamis semalam.
“Duke dan Duchess of Sussex sangat berterima kasih atas muhibah yang mereka terima dari semua orang di United Kingdom dan seluruh dunia ketika mereka mempersiapkan untuk mengalu-alukan bayi mereka. Duke dan Duchess of Sussex berharap untuk berkongsi berita gembira dengan semua orang apabila mereka mempunyai peluang apabila tiba masanya.”
Walaupun istana tidak mengesahkan tarikh akhir Meghan sekitar musim bunga ini, tetapi beliau dijangka akan melahirkan dalam beberapa minggu akan datang.
Kepada peminat Meghan dan Harry jangan bersedih, mereka akan kongsikan kepada anda bila tiba masanya.