Kesihatan

Tengah Buat Diet Buah? Baik Lupakan Sahaja..

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Tengah Buat Diet Buah? Baik Lupakan Sahaja..

Dalam dunia ini memang terdapat pelbagai jenis diet yang dijamin untuk mengawal tahap pemakanan dan sekaligus dapat menurunkan berat badan. Namun dalam banyak-banyak diet itu tidak semua boleh dipraktikkan oleh semua orang. Ini kerana ia bergantung pada tahap kesihatan, kemampuan dan jadual aktiviti seharian individu tersebut. 

IKLAN

Salah satu diet yang Wanista agak berasa bimbang ialah diet buah. Ia telah menjadi pilihan paling mudah untuk kurus ialah apa susah anda hanya perlu beli buah, potong, bersihkan dan ambil seperti makanan biasa. Tapi ramai yang terlupa disebalik pengambilan buah yang berlebihan terdapat kesan negatifnya. Diet bukan bergantung pada satu benda tapi diet ialah bermaksud mengimbangi semula pengambilan nutrisi, lemak, karborhidrat, gula dalam badan.

Foto – 30seconds.com

Ini 3 alasan Wanista menolak diet buah… 

Kesan pada gula dalam darah

Buah memang kaya dengan nutrisi, kandungan air untuk hidrasi dan kandungan gula yang semulajadi. Ramai yang tertipu dengan ‘gula semulajadi’ dari buah kerana ia tetap boleh menganggu kadar gula dalam darah. Pengambilan buah yang berlebihan sama erti dengan pengambilan gula yang tinggi. Anda harus berwaspada dengan apa yang anda ambil tak kira samada buah mahupun makanan dari karbohidrat. Ini sebagai langkah pengawalan mengelak dari masalah diabetes. 

Foto – Healthline
Penghadaman

Buah-buahan yang tinggi fiber secara tidak sedar menganggu proses penghadaman anda. Lebih lagi kalau anda memang kerap mengalami masalah buang air besar, kembung perut, sembelit dan pelbagai lagi yang boleh menganggu aktiviti seharian. Kandungan asid dan fiber buah boleh menambah lagi rasa sensitif pada perut sekaligus membuat perut anda sakit tidak berhenti.

Foto – youblogz.com
Terdedah pada bakteria

Buah nampak seperti mudah dijaga dan dibersihkan tapi anda silap. Bauh mudah menyerap udara lebih lagi apabila disimpan didalam peti sejuk. Jika peti sejuk tidak dijaga dengan baik maka makanan yang disimpan juga boleh mendapat jangkitan bakteria. Makan buah secara mentah berkemungkinan terdedah dengan bakteria lebih tinggi berbanding makanan yang dimasak.

Foto – independent.co.uk

Ingat ya tak kisahlah diet apa yang kamu semua hendak lakukan kalau boleh dapatkan nasihat doktor atau buat carian ilmu tentang diet pilihan kamu. Jangan ambil jalan mudah ya..sentiasa alert dengan keadaan kesihatan dan tubuh.

RUJUKAN 

IKLAN