Memang tipulah kalau anda diantara kita tidak follow akaun-akaun Instagram para influencer yang terkenal dengan kehidupan mewah. Jika anda masih baru lagi tentang dunia media sosial, ketahuilah segala kekayaan dan kesenangan yang ditunjuk oleh mereka itu tidak 100% benar. Mungkin sebahagian daripadanya telah mendapat tajaan dari beberapa pihak sebagai tujuan pemasaran.
Akhirnya pengikut juga yang berhabis wang kononnya nak ikut seperti mana ‘influencer’ ini pakai padahal dia bukan sahaja ditaja malah dibayar. Anda pula? Kena keluar duit dan kerugian!
Biasanya anak-anak muda lah yang senang tertipu dengan agenda ini dan kerap kali membuang masa serta wang akibat mahu mengikut trend yang dicipta oleh individu yang kononnya berpengaruh di media sosial. Sebenarnya anda banyak lagi akaun-akaun Instagram yang bermanfaat untuk anda follow.
Penulis hendak ajak pembaca Wanista reset semula group following anda dengan akaun-akaun yang lebih bermanfaat bukan sahaja untuk anda tapi pada semua masyarakat. Lebih baik kita mengagungkan ilmu daripada individu yang disogok dengan populariti semata-mata.
#1 Cinta Syria Malaysia
Akaun khas untuk menarik sumbangan rakyat Malaysia tentang saudara malang kita di Syria. Disini anda bukan sahaja boleh menderma malah mendapat pelbagai info tentang perkembangan negara dan rakyat Syria. Sekaligus dapat menambah pahala kita semua untuk jalan akhirat.
#2 National Geographic
Suka tentang haiwan, alam semulajadi, budaya luar dan travelling salah satu akaun yang wajib anda tekan butang follow. Jika dulu kita boleh tonton di televisyen tapi kini akaun @netgeo mengumpulkan ia dalam satu koleksi album dari hasil-hasil rakaman terbaik pasukan mereka dan setiap daripadanya ada kisah menarik untuk dibaca!
#3 English with Nab
Jika anda mahu kembali mengasah grammar Bahasa Inggeris cuba sekali-sekala stalk akaun ini. Nota yang diberikan sangat ringkas dan mudah untuk difahami.
#4 Lets Red Talks
Platform media sosial yang paling terbaik untuk segala ilmu dan perkongsian tentang haid. Segala apa kemusykilan anda tentang masalah datang bulan ada didalam akaun ini. Malah mereka juga aktif dalam sudut soal bicara yang dilakukan secara IG Live atau majlis kasual.
#5 What Lofa Reads
Koleksi buku-buku yang dibaca oleh Neelofa yang telah dikumpulkan dalam satu akaun khas yang dibuat oleh peminatnya sendiri. Anda boleh buat rujukan disini tentang buku yang diminati oleh usahawan wanita selebriti ini.
https://www.instagram.com/p/BvGALvjBnar/
Sebenarnya ada beribu lagi akaun-akaun menarik yang berkongsi ilmu dan dunia luar selain fesyen dan kecantikan semata-mata. Buka minda dan lapangkan dada anda seluasnya untuk mengejar kekayaan ilmu pula ya. Selamat beramal!