Bagaimana agaknya bila batu kristal Swarovski menghiasi kereta mewah Lamborghini Aventador?
Seorang bintang Instagram Rusia dikenali sebagai Ms Radionova telah menghiasi Lamborghini Aventador dengan dua juta kristal Swarovski.
Bintang media sosial yang juga model kaya-raya telah mempamerkan keretanya yang serba baru selepas dimodifikasi kepada umum di pertunjukan kereta di tengah-tengah Knightsbridge, London. Rata-rata orang ramai berkemurun di sekeliling keretanya untuk melihat sendiri perincian kristal Swarovski yang menggerunkan itu.
Supercar yang mempunyai kelajuan tertinggi 217mph telah dihiasi dengan lebih daripada dua juta kristal Swarovski yang ditanam pada badan, bumbung dan bahagian grill depan kereta, menjadikannya megah berkilauan.
700 Jam
Dilaporkan pasukan khas menghabiskan masa 700 jam untuk meletakkan kristal pada keretanya Lamborghini Aventador.