Kesemua ahli BTS memang elok rupa parasnya. Bila dipakaikan mekap, mereka lagi cantik dan flawless dari kita semua.
Tapi nak mengecapi kulit yang sempurna perlu banyak kerja. BTS Jungkook contohnya berdepan masalah kulit sensitif sehingga timbulnya jerawat degil. Keadaan kulit yang teruk sampaikan kelihatan jelas dalam skrin.
Cerewet dalam memilih skincare terbaik, Jungkook mendedahkan dia guna minyak jojoba. Tidak memberitahu secara spesifik jenama yang dipakai, Jungkook kata dia menjadikan minyak jojoba sebagai rutin kecantikan di malam hari sebelum tidur. Rahsia kulit jadi lebih glowing, lembut serta merawat secara perlahan.
“Muka saya bersinar, bukan? Saya meletakkan minyak jojoba di muka,” jelasnya dalam aplikasi Vlive.
Minyak Jojoba
Minyak jojoba adalah ekstrak minyak yang diambil daripada biji tanaman jojoba. Terlalu banyak khasiat daripada minyak jojoba untuk kecantikan wanita, di antaranya kecantikan kulit, rambut dan kuku.
Ramai orang menggunakan minyak jojoba sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mereka. Kajian menunjukkan penggunaan minyak jojoba organik sebagai ubat untuk jerawat, kulit kering dan banyak lagi masalah kulit yang lain.
Kebaikan Minyak Jojoba Untuk Kecantikan
Sebagai pelembab
Minyak jojoba mempunyai ramuan humectant. Ini bermakna ia berfungsi untuk mengelak kulit anda dengan halangan pelindung agar tidak kehilangan kelembapan. Ini boleh membantu mencegah jangkitan bakteria, jerawat, dan kelemumur rambut daripada membentuk.
Antioksidan
Minyak jojoba mengandungi vitamin E secara semulajadi. Vitamin ini berfungsi dengan kulit anda sebagai antioksidan. Ini bermakna minyak jojoba dapat membantu kulit melawan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh pendedahan terhadap pencemaran dan toksin lain.
Mengawal pengeluaran sebum
Minyak jojoba mengawal pengeluaran sebum. Apabila anda meletakkan minyak jojoba pada kulit, kulit masih akan tenang malah melembapkan. Bahkan ia menjadikan kulit kelihatan bersinar dan membantu mencegah jerawat yang disebabkan oleh liang tersumbat.
Merawat jerawat
Minyak jojoba mempunyai agen anti-radang yang menenangkan, bersifat penyembuhan, pelembab, dan merupakan antimikrobial semulajadi. Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa minyak jojoba dapat membantu anda mengelakkan jerawat serta merawat jerawat ringan secara perlahan.
Meminimumkan parut
Jika anda ingin mencuba vitamin E sebagai ubat untuk parut, minyak jojoba mungkin terbukti bermanfaat dalam proses penyembuhan. Ciri-ciri penyembuhan luka semulajadi minyak jojoba yang digabungkan dengan kandungan vitamin E dapat meminimumkan penampilan parut.
Mencantikkan rambut
Selain melembabkan kulit kepala dan mencegah kelemumur, minyak jojoba menyihatkan kulit kepala. Jika kulit kepala anda kering, minyak jojoba bertindak sebagai penganti sebum, melembabkan folikel rambut dan mencegah rambut menjadi kusut serta kasar. Untuk rambut kering dan kasar, anda hanya perlu menambahkan beberapa titis minyak jojoba ke perapi rambut.
Bagaimana Nak Guna
Sebelum menggunakan minyak jojoba, atau mana-mana produk kosmetik, anda perlu melakukan ujian patch untuk memastikan anda tidak alah. Anda boleh melakukan ujian patch dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Di atas lengan bawah, letak tiga atau empat titisan minyak jojoba.
- Tutup kawasan dengan pembalut dan tunggu selama 24 jam.
- Buka balutan dan periksa kulit di bawahnya. Sekiranya tiada tanda radang, kemerahan, atau kerengsaan, anda berada dalam keadaan baik.
Cara anda menggunakan minyak jojoba bergantung pada hasil yang anda inginkan. Anda boleh menggunakannya sebagai balsem bibir untuk menenangkan bibir kering, retak, atau anda boleh aplikasi di muka sebelum tidur sebagai serum anti-penuaan.
Selamat Beramal! ❤