Giveaway

Wanista Beri 40 Tiket Filem Indonesia Paling Seram “Dread Out”. Sertai Sekarang!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Wanista Beri 40 Tiket Filem Indonesia Paling Seram “Dread Out”. Sertai Sekarang!

Filem seram lagi!

Indonesia kembali dengan satu lagi filem baru bergenre seram yang berjudul “Dread Out”. Filem ini dibintangi oleh Caitlin Halderman, Jefri Nichol, Marsha Aruan, Ciccio Manassero, dan katanya mereka bakal turun ke Kuala Lumpur bagi tujuan mempromosikan filem.

Foto – Arkib Wanista

Sinopsis:

Sekumpulan pelajar mencari populariti dengan merakam pengembaraan mereka dan memuat naik video di sosial media. Untuk video terbaru mereka, mereka memilih untuk merakam di sebuah bangunan apartment terbiar, di mana mereka menemui satu unit yang dihalang dengan pita polis. Mereka masuk ke unit itu dan menjumpai kertas lama. Mereka buat kesilapan dengan membacanya, sebagaimana secara tiba-tiba portal terbuka. Ia adalah portal dunia kematian dan penjaganya, iaitu makhluk ghaib, berang dengan tindakan mereka.

Trailer

Nak tahu kesudahannya? Wanista bersama pihak TGV Pictures dengan bangganya ingin memberikan 40 tiket wayang percuma untuk menonton “Dread Out” kepada pembaca bertuah! 

Sila jawab satu soalan mudah seperti di bawah:-

Nyatakan nama pengarah filem “Dread Out”?

Tayangan Perdana “Dread Out”

Tarikh : 16 April 2019, Selasa

Masa : 8.45pm

Tempat : TGV Cinemas, 1 Utama

Foto – TGV Cinemas

Syarat Pernyataan

1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom

2. Jawapan boleh dihantar ke alamat email submit@wanista.com dengan tajuk “Dread Out”.

3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC dan Nombor Telefon Pintar.

4. Peraduan ini hanya sah dari 10 hingga 15 April 2019. 

5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.

6. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem “Dread Out” pada 16 April 2019 dari jam 8.00pm hingga 8.45pm di TGV Cinema, 1 Utama.

All The Best!