Perlahan-lahan ramai peminat produk penjagaan kulit mula bertukar arah kepada produk-produk kecantikan dari buatan Korea. Butik-butik kecantikan mula semakin giat menjual dan memperkenalkan jenama-jenama Korea kepada masyarakat kita. Sebelum K-beauty masuk ke pasaran tempatan, jenama kecantikan dari barat banyak memonopoli rak-rak skin care tapi keberkesanan dan kesesuaian produk barat kepada kulit orang Asia agak jauh berbeza. Menjadikan ramai agak takut menggunakan skin care dari sana.
Kini setelah muncul pelbagai rangkaian skin care dari negara Kimchi tersebut, masyarakat kita tidak kira lelaki atau wanita mula mengambil tahu tentang isu penjagaan wajah. Tapi kenapa agaknya produk dari Korea Selatan menjadi sebab utama orang ramai memilih daripada produk dari Eropah atau Amerika Syarikat?
#1 Bungkusan yang comel
Sungguh bijak teknik pemasaran mereka dengan mendahulukan konsep ‘dari mata jatuh ke hati’. Kalau anda perasan kebanyakan bungkusan produk K-beauty sangat minimal, comel dan praktikal. Tidak seperti produk barat yang agak ‘tua’ dan serius dari segi pembungkusan.
#2 Hidrasi
Kalau lihat pada teknik penjagaan kulit Korea memang sangat disiplin tentang hidrasi kulit. Jadi keutamaan dalam mana-mana produk mereka ialah pasti terkandung formula untuk melembabkan kulit. Manfaat kulit yang sentiasa lembab ialah kulit tampak berseri, kurang garisan halus dan kulit mudah menyerap esen produk.
#3 Semulajadi
Bahan-bahan yang digunakan juga daripada unsur semulajadi sebagai contoh jenama Innisfree, The Face Shop, Skin Food dan banyak lagi. Ini antara sebab pengguna lebih merasa selamat dan yakin tentang keberkesanan produk.
#4 Formulasi produk
Dari pelembab, serum, pencuci muka, ampoules dan bermacam lagi setiap daripadanya telah diformulasi secara ringan dan tidak menyebabkan iritasi kepada kulit. Walaupun dengan 10 step sekalipun kulit masih lagi tidak memberi sebarang reaksi negatif. Ini kerana formulasi lebih ringan dan sangat lembut pada kulit.
Memang produk skin care dari Korea lebih baik namun kalau dibandingkan dengan produk mekap pula Korea masih lagi kalah dengan isu pigmen dan rangkaian tona bedak asas. Apa pendapat anda tentang ini? atau anda pun peminat produk skin care dari sana?