Fesyen

Penampilan Kamu Terus Berubah Dengan Trend Rambut “Teddy Bear Curls”

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Penampilan Kamu Terus Berubah Dengan Trend Rambut “Teddy Bear Curls”

Fesyen berpusing bak roda, yang dulu akan muncul semula dan begitulah sebaliknya.

Jika anda kamu sedang mencari gaya yang sesuai untuk rambut, Wanista syorkan gaya perm. Tapi bukan sembarangan, trend kali ini sedang panas di Korea Selatan. Rata-rata perempuan di sana kemaruk dengan stail “Teddy Bear Curls” yang dilaporkan membuat penampilan seseorang berseri. 

Foto – Amazon

Tapi kenapa ia dipanggil Teddy Bear Curls?

Foto – dailyvanity.sg

Anda sendiri tahu bertapa lembut bulu teddy bear. Bayangkan stail rambut perm kerinting ala kepok-kepok kecil sudah seakan bulu teddy bear, lagi pula jika rambut diwarnakan, makin bertambah teddy bear. Menariknya stail Teddy Bear Curls memberikan anda gambaran lembut dan comel pada individu tersebut.

Jika anda ingin cuba stail Teddy Bear Curls, ada beberapa benda kena tahu…

Sebaiknya diwarnakan coklat atau warna-warna tanah. Percayalah warna sebegini mampu menaikkan seri di wajah dan keseluruhan penampilan. Lagi pula teddy bear terkenal dengan warna coklat, bukan.

Foto – dailyvanity.sg

Kerinting jenis ini sangat versatil dalam mengenakan pelbagai gaya. Anda boleh cuba ponytail, braid atau mungkin juga Ariana Grande.

Foto -dailyvanity.sg

Jangan bimbang jika rambut anda tidak cukup panjang untuk didandan. Cuba sahaja buat bangs. Voila, penampilan terus nampak lain. Confirm ramai yang memuji bila anda tiba-tiba buat comeback dengan penampilan sebegini.

Foto – dailyvanity.sg

Boleh tahan cantik. Anda berani nak cuba? Cepat buat temu janji dengan hairstylist pilihan sekarang..

RUJUKAN

BACA  Seleksi Corak Tudung Bawal Satin 2019 Memikat Hati Wanista