Makanan

Manggis Si Ratu Buah Banyak Beri Manfaat Awet Muda!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Manggis Si Ratu Buah Banyak Beri Manfaat Awet Muda!

Tengah ramai yang duk memuja-muja kebaikan memakan buah-buahan dari negara barat atau sejuk, kita lupa tentang beberapa buah tropika yang sebenarnya setanding hebat dengan buah luar negara. Bukan sahaja mudah didapati malah lebih murah. Kadang ditepi jalan pun ada penjaja jual dengan harga yang sangat berpatutan. 

Jadi buat apa nak mengejar ke pasaraya untuk membeli buah yang mahal-mahal sebagai untuk menikmati manfaat yang turut ada dalam buah tempatan. Wanista perasan tidak berapa ramai mengetahui tentang kebaikan buah comel berwarna ungu ini. Buah manggis atau diberi jolokan nama sebagai ratu buah merupakan antara buah yang mengandungi kesan awet muda. 

Foto – National Geographic

Mari kita sama-sama selidik ‘susuk’ awet muda dalam buah manggis!

#1 Kaya antioksida

Apa-apa sumber makanan yang mengandungi antioksida berupaya untuk menangani masalah kerosakan sel daripada kesan radikal bebas. Antara nutrisi yang terdapat ialah Vitamin C dan xanthones. Iaitu komponen yang terdapat dalam tumbuhan yang tinggi antioksida. Kajian mendapati xanthones mempunyai kesan anti-radang, anti-kanser, anti-penuaan dan anti-diabetes. 

Foto – Organic Facts

#2 Mengurangkan berat badan

Satu kajian mengatakan dengan memakan buah manggis memberi kesan pada pengurangan berat badan. Ini kerana kesan anti-radang pada buah manggis boleh membantu mengimbangi semula metabolism dalam badan dan mengelakkan berat badan naik secara mendadak. 

Foto – fineartamerica.com

#3 Mengekalkan kesihatan kulit

Tanda paling senang nak nampak tua bila kulit rosak dan berkedut. Jadi mulakan penjagaan kulit dari dalam dengan buah manggis. Ia mempunyai efektif yang merawat dan mengurangkan tanda kulit bermasalah akibat terdedah dari pancaran matahari. Kadar anti-oksida dan anti-radang adalah punca utama buah manggis boleh melindungi kulit.

Foto – The Jakarta Post

#4 Baiki Sistem Imunisasi

Sumber yang terdapat dalam buah manggis juga ternyata boleh membasmi bakteria sekaligus meningkatkan kadar sistem imunisasi badan. Malah dari Vitamin C dan fiber memberi tenaga kepada sel supaya lebih bertindak cepat dan melawan segala bakteria yang boleh menganggu kesihatan anda. 

Foto – asiandateblog.com

Jadi lepas ini kalau tiada bajet nak makan buah mahal cuba cari buah manggis, memang berbaloi dari segi kewangan dan kesihatan! Selamat beramal~ 

RUJUKAN

BACA  Sedia? Cafe Peminat EXO Pertama Malaysia Bakal Buka Di Kuala Lumpur