Fesyen

Yang Bertudung Pun Boleh Bergaya Dengan Skirt. Tiru Cara Selebriti Ni!

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Yang Bertudung Pun Boleh Bergaya Dengan Skirt. Tiru Cara Selebriti Ni!

Pemikiran orang kita SKIRT untuk individu yang free hair!

Sedangkan yang berhijab juga boleh menggayakan skirt jika kena dengan caranya dan masih tampak sopan di mata. Kebelakangan ini, penulis lihat beberapa selebriti tempatan yang berhijab mengenakan skirt dalam gaya yang cukup mencuri perhatian, bukan sahaja cantik dan stailo malah kekal menutup aurat.

Nak bergaya macam mereka, praktikkan beberapa tips ini…

Pantyhorse

Jika anda memilih skirt midi paras lutut, jangan lupa sarungkan pantyhorse (stokin panjang wanita) untuk menutup bahagian bawah dari lutut ke bawah. Sebaiknya pilihlah warna hitam agar terlihat kemas dan tidak mengundang mata yang mengecam, kalau rasa nipis, sarungkan dua lapis.

Ambil contoh bagaimana pelakon dan pengacara Fouziah Ghous menggayakan skirt midi bersama blouse. Tampak cantik sekali.

Atau Wawa Zainal yang memilih skirt labuh. Walaupun skirt paras buku lali tapi masih disarungnya pantyhorse agar kekal menutup aurat.

View this post on Instagram

soulmate♥️

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

Seluar

Pernah lihat orang pakai skirt dengan jeans? Ya, itu satu lagi cara yang anda boleh cuba. Pilih sama ada jeans atau pants biasa ikut mana yang berkenan. Baik bertudung atau pun tidak, penggayaan sebegini mampu membuatkan seseorang kelihatan trendy habis!

Contohnya influencer @faafirds yang bijak memadankan skirt bersama skinny jeans dan boots.

Nampaknya Faafirds memang gemar fesyen skirt bersama seluar. Lihat satu lagi cara dia peragakan skirt labuh beropol yang jarang. Menarikkan.

Untuk pemilihan skirt, sebaiknya pilih skirt jenis mesh, tutu atau berlisu, ikut kegemaran masing-masing.

Mudahkan? Jadi siapa kata individu bertudung tak boleh pakai skirt. Please jangan cetek sangat pemikiran ye!

Selamat Beramal

BACA  Boleh Sambung Kasut HOVR Under Armour Pada Gajet Untuk Jejak Perjalanan