Tips - Makanan

Cara Diet Berkesan Makan Sikit Tapi Kenyang

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Cara Diet Berkesan Makan Sikit Tapi Kenyang

Kebanyakan orang perlu makan banyak untuk merasa kenyang. Akibatnya mereka makan dari apa yang sepatutnya dan hasilnya, berat badan pun naik. Jadi macam mana kita nak makan sikit tapi rasa kenyang? Adakah dengan cara menahan lapar atau diet?

Nope… Di sini penulis nak kongsikan panduan tentang bagaimana cara yang betul untuk mengurangkan makanan yang dimakan tetapi masih boleh merasa puas dan kenyang. Boleh juga dijadikan tips diet mudah untuk beginners!

Makan perlahan-lahan dan kunyah

Otak kita memerlukan 20 minit untuk menyedari bahawa perut anda dah pun kenyang dan kalau kita dah lapar sangat, mesti gelojoh makan dan adakalanya sampai tak sempat nak kunyah dah telan. Untuk memanjangkan waktu makan anda supaya tak terlebih makan, kunyah perlahan-lahan.

Foto – themarketingblog.co.uk

Aturan makan yang betul

Jika terlewa atau tak makan pada waktu yang betul, anda berisiko untuk makan secara berlebihan pada waktu makan yang seterusnya. Contohnya kalau tak sarapan, anda mungkin akan makan banyak pada waktu tengahari, hal ini tidak elok untuk sistem penghadaman. Adalah lebih baik anda makan dalam tempoh waktu yang pendek iaitu setiap 2 atau 3 jam tapi dalam portion yang kecil.

Guna pinggan kecil

Kita akan cuba untuk ambil pinggan lebih besar untuk masukkan semua makanan yang ada terutamanya bila di kenduri atau jamuan makan. Memang susah nak kawal nafsu makan terutamanya bila nampak orang lain makan sepuas-puasnya. Cuba perlahan-lahan tukar saiz pinggan. Kecil saiz pinggan, kecil jugalah saiz pinggang anda.

Foto – Simplemost

Makan sayur dahulu

Penyanyi Aizat ada berkongsi tips diet untuk dia kekal maintain, sebelum menjamah lauk berat seperti ayam, daging, jamah dulu sayur-sayuran. Kata Aizat, sistem pencernaan tak ‘terkejut’ dan akan memudahkan lagi perut untuk menghadam protein seperti ayam dan daging.

Pilih buah segar

Antara kordial dan jus sebenar, pilihlah jus dari buah-buahan sebenar. Khasiat pun banyak dan kandungan serat juga tinggi. Kalau rasa agak leceh nak kisar buah-buahan buat air, di kedai ada banyak yang jual jus buah segar dengan harga yang murah.

Foto – Reader’s Digest

Makan makanan berserat tinggi

Makan seperti buah jambu batu, sayuran seperti bayam, lobak asparagus, bijirin memang kaya dengan kandungan serat yang tinggi. Makanan yang mempunyai kandungan serat tinggi ini dapat memberikan kita rasa kenyang dengan lebih cepat. Lebihkan sayuran, kurangkan nasi atau karbohidrat.

Mudahkan? Selamat Beramal!