Fesyen

Ni Gunanya Pakai Seluar Dalam G-String & Thong

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Ni Gunanya Pakai Seluar Dalam G-String & Thong

Mesti ramai yang anggap memakai seluar dalam jenis thong atau g-string hanya untuk kelihatan seksi semata-mata. Anda silap! Rekaan seluar dalam yang nipis dan kecil ini bukan untuk merangsang seksual sahaja tapi untuk membantu berfesyen dan sebenarnya memberi keselesaan berganda daripada seluar dalam biasa. 

Antara sebab lain untuk anda memakai g-string dan thong ialah..

Garisan seluar dalam

Kalau anda gemar memakai skirt atau skinny jeans baik dipadankan bersama seluar dalam ini. Cara ini untuk mengelakkan daripada ternampak garisan seluar dalam. Tidakkah itu sesuatu yang memalukan. Sama juga ketika memakai pakaian dari fabrik satin yang lebih telus pastikan anda pakai g-string. 

Foto – New York Magazine

Elak ruam

Sesuai dipakai ketika cuaca panas atau khas untuk anda yang lebih berpeluh dikawasan punggung. Fabrik lembut dan nipis dari seluar dalam ini tidak meninggalkan kegatalan. Malah thong dan g-string tidak mempunyai getah ketat yang boleh beri kesan kemerahan. 

Foto – en.mogaznews.com

Sangat selesa

Seolah-olah tidak memakai apa-apa! Bagi anda yang mahukan freedom dari memakai seluar dalam normal cubalah berjinak-jinak guna thong atau g-string. Mungkin kali pertama berasa janggal tapi lama-kelamaaan anda akan rasa kelainan. 

Foto – Lyst

Namun hati-hati, fabrik nipis thong dan g-string mudah rosak jadi pastikan anda memakai ia bukan ketika melakukan aktiviti lasak atau bersukan.

Lain kali kalau ternampak orang beli g-string atau thong jangan fikir yang bukan-bukan. 

RUJUKAN 1 & 2

BACA  Nak Beli Baju Raya Pereka Fesyen Tak Mampu, Singgah Butik Online Ni