Meghan Markle pun guna tips ini!
Biarpun hampir 12 tahun dunia kehilangan Puteri Diana tapi sehingga kini namanya tidak pernah putus disebut-sebut orang. Ada sahaja perkara tentang hal diraja pasti akan dikaitkan dengan Puteri Diana, sememangnya beliau tiada gantinya.
Bukan sahaja memiliki kecantikan malah sifat peribadi Puteri Diana menjadi kaguman rakyat. Dalam pada lirikan mata yang manja, Puteri Diana memikat hati rakyat dengan gaya fesyen, kerja amal kebajikan dan senang kata Puteri Diana antara puteri impian.
Selama hayatnya Puteri Diana mempunyai cara tersendiri untuk membuat rakyat England dan masyarakat seluruh dunia jatuh hati padanya. Wanista dedahkan pada pembaca…
Rupanya Puteri Diana akan menjadi sedikit ‘nakal’ apabila memakai pakaian formal (gaun) atau tiara. Ini adalah salah satu cara untuk tidak kelihatan terlalu serius. Puteri Diana mahu orang sekeliling terutamanya rakyat berasa dekat dengannya walaupun beliau sedang menjalankan tugas diraja.
Keletah yang biasa dibawa oleh beliau untuk tampak menyenangkan dengan aksi spontan rolling eyes atau sengih. Teknik untuk memberi satu isyarat kepada rakyat yang beliau juga seperti orang biasa ketika berhadapan kamera.
Sebab itulah Puteri Diana digelar ‘Puteri Rakyat’.
Meghan Markle juga menggunakan teknik ini sebagaimana untuk menyesuaikan diri dalam keluarga diraja.