Cinta & Perhubungan

Sila Tinggalkan Lelaki Yang Kuat Berangan, Sebabnya…

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Sila Tinggalkan Lelaki Yang Kuat Berangan, Sebabnya…

Tolong jangan backup lagi dengan ayat ‘sebagai pasangan kita bantu dan berikan sokongan’. 

IKLAN

Pertama sekali anda kena tahu bezakan dengan orang yang suka berangan dan punya cita-cita. Angan-angan ialah perkara yang tidak boleh dizahirkan dengan perancangan dan biasanya tidak punya hasil apa pun berbeza dengan cita-cita yang kita tahu ia adalah misi hidup. 

Orang lelaki kita akan pandang sebagai pemimpin bukan sahaja dalam masyarakat tapi juga dalam keluarga itu sendiri. Dalam agama juga telah dipertanggungjawab oleh lelaki untuk menyediakan kelengkapan untuk isteri dan anak-anak. Namun dalam pada itu, zaman kini terdapat ramai lelaki yang lebih terarah kepada mengejar angan-angan sehingga mengabaikan tuntutan agama dan keluarga. 

Penyakit lelaki yang suka berangan ini perlahan-lahan boleh menghancurkan institusi kekeluargaan. Percayalah kerana ia… 

Dari sikap tidak matang

Sikap matang bukan datang dari usia tapi buah fikiran yang tahu tentang beza tanggungjawab, keperluan dan amanah. Ia seiring dengan gaya percakapan dan perkongsian yang dibuat di media sosial. Kalau ia hanya berkaitan dengan kekayaan, angan-angan pakai BMW tapi tiada cerita usaha baik diam sahaja. Penulis jadi alergi dengan lelaki yang suka bercakap hebat seolah-oleh miliki lima buah syarikat tapi sebenarnya masih suka pinjam duit mak. Kalau umur sudah 20 tahun keatas tapi masih meminjam duit keluarga kamu rasa? 

Foto – Getty Images
Mementingkan diri sendiri

Tidak peduli apa nak jadi dalam peti ais kosong atau berisi yang penting ‘angan-angannya’ tercapai. Banyak kali penulis nampak masalah ini dengan manusia yang suka melabur pada bisnes ‘skim cepat kaya’. Orang yang suka berangan tidak suka usaha. Mereka mahukan pulangan yang cepat dan terus menguntungkan dengan sanggup melakukan apa sahaja. Percaya atau tidak ada wanita berkahwin kerana suami mahu menggunakan isteri semata-mata. 

Foto – CollegeTimes
Tiada kesedaran

Dari pengalaman penulis sendiri mempunyai seorang rakan lelaki yang hampir 10 tahun bergelumang hidup berhutang, bisnes gagal dan keluarga pecah-belah kerana angan-angan. Sampai sekarang dia masih belum sedar tentang kesan yang ditimpa. Dalam dunia imaginasinya itu konon risiko yang diterima dalam mengejar perniagaan. Sepatutnya ambil jalan realiti cubalah bekerja tetap dan bantu keluarga tapi masih lagi mahu meminjam untuk cepat kaya. 

Foto – Gambling Addiction Help

Wahai wanita jangan terjerat dengan lelaki sebegini kerana setelah berkahwin kamu bakal membela ‘biawak hidup’. 

IKLAN