Kecantikan

Nak Beli? Jom Intip Harga ‘Mewah’ Produk Mekap La Mer

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Nak Beli? Jom Intip Harga ‘Mewah’ Produk Mekap La Mer

Nama produk kecantikan La Mer kini disebut-sebut oleh ramai pencinta kecantikan dan solekan tempatan. Apatah lagi apabila ramai jurusolek terkemuka tempatan juga menggunakan produk La Mer dalam menyiapkan wajah pelanggan mereka. Memang terlalu ramai memuji hasil produk La Mer yang berkesan dan memberi cetusan solekan yang sofistikated.

Kalau ikutkan sekarang La Mer dah jadi fenomena baru di Malaysia tapi yang buat lagi ia menjadi bualan ramai ialah harga yang tak masuk akal mahalnya untuk satu jar krim. 

Setiap satu produk La Mer tidak kira samada untuk penjagaan kulit atau mekap ia sekurang-kurangnya bersamaan separuh gaji minima rakyat Malaysia. Nak beli La Mer? Wanista dedahkan harganya.. 

#1 Creme de La Mer (RM600)

Atau lebih dikenali sebagai La Mer The Cream ini ialah krim pelembab dan ia produk best-seller.

Foto – TheBeauParlour

#2 La Mer The Lifting And Firming Mask (RM940)

Masker muka yang ini hanya dipakai selama 8 minit sebelum dicuci semula. Ia dikatakan khas untuk membuat rawatan menegangkan kulit.

Foto – Makeup for Dolls

#3 La Mer The Regenerating Serum (RM1376)

Antara produk skin-care La Mer yang harganya buat ramai geleng kepala. 

Foto – www.imagenesmi.com

#4 La Mer The Lip Balm (RM300)

Kegilaan apakah harga satu jar lip balm bersaiz 9 gram hampir sama dengan belanja dapur?

Foto – Her World

#5 La Mer The Luminous Lifting Cushion Foundation SPF 20 + Refill (RM490)

Nasib baik dapat sekali satu refill cushion. 

Foto – Pinterest

#6 La Mer The Powder (RM389)

Loose-powder yang sama seperti bedak lain tapi ramai yang claim debu ia lebih halus. 

Foto – Female Daily

Akhir kata penulis janganlah jadi biar papa, asal bergaya. 

RUJUKAN