Kecantikan

Fasha Sandha Makan Suplemen Ni Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Fasha Sandha Makan Suplemen Ni Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda

Nak tahu rahsia Fasha Sandha menjaga kecantikan?

IKLAN

Fasha Sandha yang dipilih sebagai duta jenama baharu rangkaian InnerShine yang merangkumi InnerShine Pati Prun dan InnerShine Pati Beri.

Fasha Sandha Amalkan…

Berkongsi pandangannya dalam mencapai kecantikan secara semulajadi, Fasha berkata, “Jenama seperti BRAND’S membantu pengguna dengan menyediakan suplemen-suplemen berkhasiat seperti rangkaian InnerShine yang membolehkan kita mendapat kulit cantik secara semulajadi memandangkan kesihatan yang baik datang daripada pengambilan nutrien yang betul. Selain itu, formulasi cecair InnerShine juga membenarkan pati dan khasiat semulajadi mudah diserap oleh tubuh.”

Rangkaian Baharu InnerShine

InnerShine Pati Prun berkesan terhadap sistem penghadaman anda, membersihkan bahagian dalaman tubuh dengan keserian wajah yang dapat dilihat dalam tempoh 12 hari. Gabungan pati buah prun dan Vitamin E meningkatkan keupayaan perlindungan kulit anda daripada radikal-radikal bebas yang terdapat di persekitaran, seterusnya memberikan kulit yang lebih sihat dan berseri. Suplemen berkhasiat 100% berasaskan buah-buahan ini juga kaya dengan serat buah prun dan maltodekstrin – sejenis serat boleh larut yang menggalakkan pergerakan usus yang baik dan membantu menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan di dalam tubuh.

Foto – Facebook InnerShine Club

InnerShine Pati Beri merupakan pati diperkuat dengan kandungan Vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan Vitamin E membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif. Sebagai tambahan, pati berkenaan juga mengandungi nutrien-nutrien daripada tujuh beri premium yang kaya dengan antioksida – blueberries, blackcurrants, cranberries, chokeberries, strawberries, acai berries dan elderberries. Antioksida itu membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan UV dan kesan keseluruhan daripada nutrien-nutrien terlibat memastikan kulit anda licin dan kekal berseri serta kelihatan lebih muda.

IKLAN

Selamat Beramal!