Tips - Kesihatan

Tak Ada Ubat, Ni Yang Kamu Patut Buat Bila Terkena Ruam Gegata

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Tak Ada Ubat, Ni Yang Kamu Patut Buat Bila Terkena Ruam Gegata

Ada pembaca Wanista di sini yang pernah mengalami Ruam Gegata?

Keadaan di mana anda mengalami ruam yang mengakibatkan rasa gatal-gatal, panas, sakit dan membengkak di anggota badan. Keadaan yang membuatkan anda berasa tidak selesa dan mahu menggaru ke seluruh tempat yang terkena.

Bagaimana Ia Terjadi?

Ruam gegata atau nama saintifiknya Urticaria berlaku apabila ada satu bahan kimia dalam badan kita yang disebut histamine telah dibebaskan darah. Histamine menjadikan salur darah kembang dan mengakibatkan tisu di bawah kulit membengkak. Kesannya kulit jadi kemerahan dan gatal-gatal. Ruam gegata paling teruk adakalanya boleh mengakibatkan kelopak mata dan bibir membengkak dikenali sebagai ‘angioedema’ dan surut lebih perlahan dengan mengambil masa lebih kurang tiga hari.

Foto – ProfHariz

Jenis Gegata

Terdapat dua jenis gegata iaitu akut yang menyerang kurang daripada enam minggu dan akan hilang dengan sendiri dalam tempoh beberapa hari saja. Gegata kronik pula boleh berlaku dalam tempoh berpanjangan melebihi enam minggu disebabkan reaksi spontan tanpa pencetus atau disebabkan oleh alahan seperti cuaca dan pencetus lain seperti minyak wangi, makanan, ubat termasuk ubat tradisional.

Ruam Gegata Tak Boleh Kena Air?

Pernah dengar orang kata gegata tak boleh terkena air? Bila ia terjadi keadaan akan bertambah teruk dan melarat?

Alergi air atau aquagenic urticaria adalah keadaan yang jarang berlaku di mana gegata yang menyebabkan ruam selepas kulit bersentuhan dengan air, tanpa mengira suhunya. Ia juga boleh menyebabkan rasa terbakar. Gegata ini dianggap sebagai alahan air. Keadaan ini boleh dicetuskan daripada banyak sumber air, termasuk hujan, salji, peluh dan air mata.

Foto – Health Total

Walaubagaimanapun, penyelidik masih berusaha untuk menentukan punca sebenar alahan air. Bahan yang dibubarkan di dalam air seperti klorin memasuki kulit dan mencetuskan tindak balas imun. Dalam teori ini, gegata tidak disebabkan oleh air, khususnya, tetapi sebaliknya alergen di dalam air. Interaksi antara air dan bahan yang terdapat di dalam atau pada kulit menghasilkan bahan toksik, yang membawa kepada perkembangan gegata. 

Kesan daripada keadaan ini, seseorang akan mengalami ruam yang gatal dan menyakitkan. Ruam ini biasanya muncul di leher, lengan, dan dada. Tetapi ia juga boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh.

Cara Rawat

Tidak ada ubat untuk gegata. Walaupun terdapat beberapa petua tradisional tetapi sebaiknya berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberikan suntikan atau ubat Antihistamin. Antihistamin adalah ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat simptom seperti alergi. Doktor mengesyorkan anda mengambil antihistamin preskripsi untuk menenangkan gegata selepas bersentuhan dengan air. Ubat ini haruslah diambil dua atau tiga kali sehari, bukannya hanya bila gegata muncul. Ini kerana ubatan antihistamin memerlukan masa untuk menunjukkan kesan. Keberkesanan ubat antihistamin boleh dilihat apabila gegata mengecil atau hilang dengan lebih cepat. Tetapi sekiranya gegata tidak sembuh, maka doktor akan merujuk anda ke pakar kulit.

Foto – Hello Sehat

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 123

BACA  Shilpa Shetty Dedah 4 Tips Genius Badan Kekal Langsing