Kecantikan

Best Mask Reneuf Buat Muka Kembali Muda Dan Selembut Bayi

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Best Mask Reneuf Buat Muka Kembali Muda Dan Selembut Bayi

Masker muka Halal?

Reneuf, produk halal pertama Jacques Cosmetics (Malaysia) San Bhad melancarkan rangkaian komprehensif masker muka halal.

Diperbuat dengan menggabungkan formulasi terbaik dari Swiss serta usaha penyelidikan dan pembangunan oleh Jacques Cosmetics, Reneuf menawarkan rangkaian masker muka yang direka khas untuk pengguna beragama Islam dan penggemar kecantikan di Asia yang sering mencari produk-produk berkualiti tinggi yang bebas daripada bahan-bahan berbahaya.

Foto – Facebook Renuef

Rangkaian masker muka Reneuf terdiri daripada tujuh varian berbeza, masing-masing dirumuskan untuk menangani pelbagai masalah kulit, daripada kulit kering ke berminyak dan berjerawat. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam masker Reneuf adalah skualena, koloid emas dan biji keladi, kesemuanya membantu dalam penghasilan kulit wajah yang lebih lembut dan licin.

Masker Reneuf boleh didapati di Alpro Plus Pharmacy, Isetan, Robinsons, Sasa, Sogo dan farmasi-farmasi terpilih di seluruh negara pada harga RM9.90 sekeping. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Reneuf di www.reneuf.my, laman Instagram dan Facebook.

BACA  Makin Lain, Lihat Transformasi Preity Zinta Dulu & Sekarang