Hiburan

Nak Dapat Perempuan Dengan Mudah, Alasan Jijik Roy Kim Jadi Penyanyi

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Nak Dapat Perempuan Dengan Mudah, Alasan Jijik Roy Kim Jadi Penyanyi

Masih belum habis lagi kehangatan skandal kamera tersembunyi melibatkan penyanyi, termasuk Seungri, Jung Joon Young, CNBLUE Lee Jonghyun dan beberapa lagi yang lain.

Baru-baru ini, di tengah-tengah laporan menyatakan penyanyi solo Roy Kim adalah salah seorang ahli dalam ruang sembang Jung Joon Young.

Kerana itu, nama Roy Kim mula tular sehingga netizen menyelongkar satu episod MBC Radio Star, di mana Roy Kim menerangkan sebab dia memasuki bidang muzik dan ternyata ia mengejutkan ramai.

Foto – Malay Mail

“Saya adalah presiden kelas ketika belajar sekolah menengah di Amerika Syarikat. Pada masa itu saya juga berada dalam band sekolah, dan sebab mengapa saya menyertainya adalah kerana saya mahu mendekati kaum perempuan.

“Saya belajar di sekolah menengah lelaki, jadi saya tidak mempunyai banyak peluang untuk bertemu dengan perempuan. Bukannya saya mahu mempunyai teman wanita. Saya hanya mahukan perempuan saja, ” dedah Roy Kim.

Tambahan lagi, Roy Kim bertambah teruja ketika membuat persembahan pesta muzik di sebuah universiti perempuan beberapa tahun yang lalu. Roy Kim menjelaskan dia memerlukan tenaga wanita untuk menaikkan semangat dan melalui pesta muzik, dia dapat apa yang di”inginkan”. Siapa sangka jawapan Roy Kim mencetuskan kontroversi di Korea Selatan.

Bersahabat baik sejak di awal debut lagi. Foto – Twitter

Roy Kim yang kini melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat akan pulang ke Korea Selatan untuk membantu siasatan lanjut.

Menyedihkan apabila bapa Roy Kim, profesor Kim Hong Taek dikatakan memohon maaf kepada pelajarnya (yang juga peminat Roy Kim) di Hongik University kerana kontroversi.

Perkara itu didedahkan oleh beberapa netizen dalam satu ruangan sembang, “Sebenarnya, [bapa Roy Kim] meminta maaf kepada para pelajar semasa kuliahnya.

Bapa Roy Kim melarang anaknya berkawan dengan Jung Joon Young. Foto – Twitter

“He said that it’s all his fault. He said that he’s sorry even if the students have no relation to the matter, and he admits that it would be sensible to cancel his lectures, but next year is his retirement so he decided that he would continue his lectures, and he feels apologetic toward his students.”

Untuk pengetahuan anda, bapa Roy Kim sebenarnya tidak menyenangi anak lelakinya berkawan rapat dengan Jung Joon Young. Tapi Roy Kim langsung tidak mengendahkan bapa dan berkawan seperti biasa. Lihat, firasat ibu bapa selalunya benar dan sekarang apa yang terjadi.

Harapan selepas ini Roy Kim dengarlah kata-kata bapanya. Ingat ibu bapa terlebih dahulu makan garam..

RUJUKAN : 12

BACA  Heartthrob 90-an Paling Kacak Luke Perry Meninggal Dunia