Bila inginkan rekaan yang minimalis, moden dan selesa, terus teringat syarikat runcit dari Jepun, Muji.
Muji membuka Muji Hotel yang pertama di Jepun pada 4 April 2019. Ia merupakan hotel ketiga dari jenama itu, dua lagi terletak di China – Beijing dan Shenzen. Hotel Muji ini memfokuskan pada golongan pertengahan kerana kebanyakan hotel cenderung untuk menjadi hotel lima bintang atau hotel mewah.
Digambarkan sebagai “anti-gorgeous and anti-cheap”, hotel akan menawarkan tetamu penginapan dengan harga paling munasabah. Mengetengahkan gaya minimalis Muji dengan setiap bilik dihiasi produk jenama itu sendiri. Reka bentuk dalaman mempunyai elemen “kayu, batu, bumi” dengan tertumpu kepada bahan kitar semula. Terdapat sejumlah 79 bilik, para tetamu boleh memilih daripada sembilan jenis suite (A-I), yang merangkumi katil berkembar, bilik semi-double, ruangan membaca buku, tab mandi kayu serta pelbagai lagi.
Terletak di Ginza, hotel ini juga merangkumi kedai Muji utama, restoran dan bar. Harga bilik bermula dari 14,900 yen ($133) semalam.
Anda boleh mula menempah di laman web Muji sekarang [hotel.muji.com].