Wanita dan mekap berpisah tiada.
Jika mereka ke Sephora, Sasa, Guardian, Watson, mahu lama memilik produk kosmetik pilihan di hati.
Dirumuskan dengan menggunakan Teknologi Jepun, PIXY adalah rangkaian kosmetik yang direka untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita Asia. Selaras dengan personaliti teras yang feminin, mudah, bergaya dan moden, PIXY percaya bahawa kecantikan adalah tenaga emosi wanita. Bukan hanya itu, produk PIXY juga diyakini Halal bagi memastikan bahawa ia benar-benar selamat digunakan.
PIXY UV Whitening Base Makeup
Memudahkan untuk wanita on-the-go, PIXY memperkenalkan pelbagai rangkaian terbaru UV Whitening Base Makeup, yang dinamakan 4 Beauty Benefits. Terdiri daripada tiga jenis solekan asas iaitu UV Whitening Two Way Cake Perfect Last, UV Whitening BB Cream dan UV Whitening Concealing Base, setiap produk diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti Bengkoang, Minyak Squalane dan Minyak Jojoba. Semua produk berfungsi untuk melembapkan, mencerahkan, melindungi dan mencantikkan kulit – menyampaikan empat manfaat kecantikan dalam satu pakej. Produk ini juga dilengkapi dengan rangkaian SPF 30-35 yang membantu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang berbahaya untuk kulit.
Produk kosmetik dengan kuasa ketahanan sehingga 12 jam, kulit kelihatan cerah walaupun seharian di luar ini boleh didapati di semua Guardian seluruh Malaysia. Harga bermula RM13.90 sehingga RM19.90 sahaja.
Happy Shopping!