Siapa yang tidak mengenali aktres Bollywood sekitar 90-an dan awal 2000, Karisma Kapoor.
Dia merupakan aktres yang cukup disegani dan ikonik, sama ada bakat atau rupa paras, dia miliki keduanya. Terkenal dengan kulit wajah yang sempurna putih pink, bibir merah jambu, kening lebat, bermata biru dan rambut ikal sayang membuatkan kita penonton senang mengingatinya.
Sejak bertahun-tahun dia menjadi trensetter, apa sahaja sentuhan dari segi kecantikan dan fesyen, pasti menjadi ikutan anak muda di India.
Baca : Sepatutnya Berlakon Dalam “Kuch Kuch Hota Hai”, 8 Fakta Menarik Tentang Karisma Kapoor
Karisma tahu gaya yang sesuai untuknya, sejak dari awal debut sehingga sekarang. Walaupun semua orang lebih tertumpu kepada adiknya, Kareena, Karisma masih lagi berbisa dalam bab berfesyen. Usia 44 tahun tidak menghalangnya untuk terus vogue bergaya dalam busana tradisional mahupun yang moden.
Berikut adalah beberapa fesyen Karisma yang menarik selama bertahun-tahun, dan yang hari ini untuk membuktikan dia masih ikon fesyen.
#1 Karisma masukkan elemen moden dan seksi dalam pakaian tradisional India Sari.
#2 Padanan warna peach membuatkan Karisma kelihatan manis.
#3 Persis golongan bangsawan dalam persalinan hitam keemasan.
#4 OMG cantiknya warna mustard yellow dengan cetakan bunga ni…
#5 Pastel just nice!
#6 Cantik dari atas sampai ke bawah.
Sebenarnya banyak lagi gaya Lolo (nama samaran Karisma Kapoor) yang memukau mata tapi di atas antara paling terbaik.