Mengandung bukan alasan untuk wanita di luar sana terus selekeh ye.
Walaupun memasuki usia kehamilan enam bulan, itu tidak menjadi halangan untuk aktres cantik Anzalna Nasir bergaya seperti biasa. Bahkan kongsinya pada portal berita Mstar, Anzalna mengakui berdepan dengan beberapa tabiat pelik. Hal ini di mana dia kini lebih gemar berhias dan rajin menghadiri program luar walaupun orang kata ketika ini sebaiknya berehat di rumah, tetapi Anzalna cekal bergerak seperti biasa.
“Sebelum hamil saya tak suka pakai bulu mata pulsu, kanta lekap… keluar pun pakai serba ringkas tetapi sekarang makin melebih-lebih pula,” selorohnya.
Tertarik untuk penulis singgah di Instagram miliknya, Anzalna dilihat peka bergaya from head to toe dalam memberi yang terbaik ketika menghadiri sesuatu upacara. Dengan mengenakan mekap penuh – bulu mata palsu, dioles gincu tebal untuk memberi kesan penuh pada bibir, rambut didandan dengan pelbagai stail bak Rosalinda, pemilihan summer dress yang mencuri tumpuan serta menaikkan seri bakal ibu ini. Penampilan bakal ibu ini sentiasa tampak ayu dan anggun.
Jom Wanista kongsikan gaya Anzalna yang boleh bakal ibu di luar sana jadikan inspirasi.
Tak dapat tumit tinggi, Anzalna hanya memakai sandal separa sahaja.
Lagak bak gadis remaja dengan summer dress, jaket denim dan sneakers. Rambut pula didandan ala Ariana Grande.
Rambut distail Beyonce masih tampak sempurna. Tang bibir tebal dah macam kena sengat tebuan.
Serba merah mak ngah dengan dress panjang dipadankan bersama cardigan ala kimono.
Menurut Anzalna, dia sudah mengetahui jantina si bayi dan akan memaklumkan dalam satu majlis doa selamat yang akan diadakan kelak.
Apapun kenapa cantik sangat Anzalna ni? Seriously cannot brain!