Kecantikan

Benda Baru Dari #SephoraSpring2019 Wanista Suka Korang Kena Ada

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Benda Baru Dari #SephoraSpring2019 Wanista Suka Korang Kena Ada

Setiap kali ke Sephora, pasti ada produk baharu yang dikeluarkan sehingga anda menjadi rambang mata mahu mencuba setiap satunya.

Untuk seleksi #SephoraSpring2019, terdapat beberapa produk yang mencuri perhatian penulis kerana keberkesanan bahan kandungan serta magik yang dijanjikan. Penulis pilih Tarte Rainforest lip serum, Kora Organics Noni Glow Sleeping Mask dan Dr.Jart+ Pink Toning. 

Kenapa? Ini alasannya…

Tarte Rainforest of the Sea sting zing plumping lip serum (RM90)

Lip serum dengan formula ekstrak tumbuhan laut yang dapat membantu menghilangkan garis halus pada bibir serta memberi penampilan yang penuh pada bibir. Jika anda miliki bibir nipis, this is for you!

Foto – Arkib Wanista

Kelebihan

  • Dengan serta-merta menaikkan bentuk bibir secara semulajadi
  • Lembut dan hidrat
  • Meningkatkan warna bibir semulajadi
  • Memberi kelembapan berpanjangan
  • Boleh dipakai solo atau di bawah produk bibir lain

Wanista dah cuba! Bila anda aplikasi ke bibir, akan terasa sedikit berangin dan membuat bibir lembap tanpa perlu dioles balsam bibir.

Kora Organics Noni Glow Sleeping Mask

Rasanya semua orang tahu supermodel Miranda Kerr memang menggemari kebaikan buah mengkudu. Khasiatnya ada pada produk terlaris Kora Organics iaitu Noni Glow Oil. Baca: [Maintain Cantik Ikut Cara Miranda Kerr, Hanya Guna Buah Mengkudu Je!]

Foto – Arkib Wanista

Pada kali ini, terhasil pula Noni Glow Sleeping Mask. Topeng rawatan muka yang bersifat ringan mampu meningkatkan penghidratan untuk memberi kulit lebih licin dan lembut. Dipakai semalaman, topeng muka diperkaya dengan Certified Organic Silver Ear Mushroom dan Coconut Milk disatukan lagi dengan Caviar Lime dan Kakadu Plum Extracts untuk memastikan anda bangun dengan kulit lembut, terhidrat dan bercahaya. Semalaman kulit anda akan memperbaharui dan memperbaiki supaya ia kelihatan cantik sempurna seperti pengasasnya.

Penulis ingin ingatkan pertama kali anda guna akan ada sedikit rasa gatal-gatal di muka, jangan risau itu merupakan kesan acidic yang terhasil daripada ekstrak buah-buahan.

Dr.Jart+ V7 Pink Toning (RM220)

Adakah anda salah seorang yang impikan kulit wajah cerah berkilat bak bintang Korea? Baru-baru ini, produk ternama Dr.Jart+ mengeluarkan V7 Pink Toning – krim muka khas dipakai sebelum mekap penuh.

Foto – Arkib Wanista

Dengan trademark “create your naked and natural make up instantly!”, krim ini menggabungkan teknologi Rosy Light yang dipatenkan sesuai dipakai sebelum anda mekap penuh. Selain itu, ia kaya dengan ekstrak tumbuhan yang secara aktif dapat meningkatkan kekeringan, sambil mencerahkan kulit serta memberi tona pink ke dalam kulit.

Wanista dah guna! Walaupun ia miliki tekstur yang pekat tetapi bila dipakai ternyata ia masih ringan dan paling best mengeluarkan aroma sitrus (baik untuk mencerah dan antioksidan) serta memang benar kesan pemutihan berlaku serta-merta.

Nak pesan bila ke Sephora, jangan segan silu bertanya dengan beauty consultant perihal produk yang sesuai dengan anda agar tak menyesal kelak.

Happy Shopping!

BACA  Belum Lancar Tapi Produk Skincare Kylie Jenner "Kylie Skin" Dah Kena Cemuh