Info Menarik

Jom Kenali Personaliti Si ‘Ambivert’ Individu Yang Fleksibel

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Jom Kenali Personaliti Si ‘Ambivert’ Individu Yang Fleksibel

“There are many people who are not either strongly extroverted nor strongly introverted.”

Jika Introvert seorang yang pasif dan Extrovert pula aktif. Si Ambivert pula berada di tengah-tengah, mood yang tidak menentu. Ambivert bermaksud seseorang yang mempamerkan kualiti daripada kedua-dua kumpulan iaitu introvert dan ekstrovert. Mereka adalah individu yang tidak tahu mahu masuk ke dalam mana-mana kumpulan maka terhasillah kategori ambivert, yang berada di tengah-tengah. Pakar psikologi, Paulette Kouffman Sherman menjelaskan, ambivert adalah individu yang sangat fleksibel dari segi emosi dan boleh meningkatkan tenaga apabila berada di khalayak ramai atau ketika berseorang diri.

Foto – www.prevention.com

Jadi, bagaimana mahu kenali individu Ambivert? Pertama sekali, cuba jawab beberapa soalan di bawah;

  • Adakah anda lebih suka tinggal di rumah dan membaca buku (Introvert) atau keluar dan bertemu dengan rakan baru dikenali (Ekstrovert)?
  • Adakah anda menikmati parti yang meriah (Ekstrovert) atau perhimpunan kecil dengan kawan rapat sahaja (Introvert)?
  • Adakah anda sering bercakap dengan orang yang tidak dikenali (Ekstrovert) atau memencilkan diri ketika berada disekeliling orang asing (Introvert)?
Foto – Tumblr

Suka Bersosial Tapi Masih Inginkan Masa Bersendirian

Secara umumnya, ambivert sentiasa gembira bertemu dengan orang baru, tetapi anda mungkin tidak selesa jika anda perlu melakukannya tanpa mana-mana sahabat yang dikenali. Jika menghabiskan masa bersama orang lain kadangkala membuatkan anda teruja dan adakalanya ia juga merimaskan anda, itu adalah tanda anda seorang ambivert.

Disebabkan individu ambivert adalah campuran kedua-dua ekstrovert dan introvert, mereka sering tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin duduk di rumah membaca buku atau keluar ke suatu majlis networking untuk berjumpa teman baru. Ambivert suka melakukan pelbagai perkara berbeza supaya tidak mudah berasa bosan seperti seorang ekstrovert namun mereka juga perlu berhenti seketika seperti seorang introvert untuk menarik nafas kerana adakalanya ia boleh menyesakkan dada.

Yang jelas individu ambivert pandai bermuhasabah diri, pada masa yang sama boleh berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah.

RUJUKAN : 1234

BACA  Jangan Salah! Wanista Ajar Cara Sebutan Nama Pelakon Dengan Betul