Tips - Kecantikan

Mekap Artis Pony Rendam Muka Dalam Air Teh Hijau Bagi Muka Flawless

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Mekap Artis Pony Rendam Muka Dalam Air Teh Hijau Bagi Muka Flawless

Siapa yang tidak kenali Pony.

Seorang jurumekap artis yang terkenal dengan lebih 4 juta subscribers di Youtube dengan melebihi puluhan jutaan tontonan. Berasal dari Korea Selatan, nama sebenarnya ialah Hye-Min Park, tetapi lebih senang dikenali sebagai Pony.

Pony arif dengan dunia kecantikan Korea sehingga membawa namanya serata dunia. Pony bukan sekadar Youtuber semata-mata, dia juga seorang beauty guru, trendsetter, dan telah muncul dengan koleksi mekap sendiri melalui kolaborasi jenama kosmetik hebat.

Foto -thisisinsider.com

Baca : Kenali Beauty Guru Pony Makeup, 7 Perkara Menarik Tentang Si Cantik…

Berkongsi rutin penjagaan wajah di Harper Bazaar, Pony telah mendedahkan satu petua yang diamalkan turun temurun. Menurut Pony, dia membilas muka dengan air teh hijau selepas melakukan rutin pembersihan harian. Pony melakukannya dengan mencampurkan serbuk teh hijau ke dalam takungan air (seperti dalam video, anda boleh lakukan dalam besen), kemudian mencuci mukanya dengan teh hijau tersebut.

Sila cepatkan ke minit 2:07.

Kata Pony, teh hijau adalah salah satu bahan semulajadi terbaik untuk merawat muka. Ia baik untuk kesihatan dan kulit anda khususnya kerana ia penuh dengan sifat antioksidan yang melindungi kita daripada merosakkan sel kulit. Jadi jika anda mencari alternatif selamat dan semulajadi yang akan memberi anda kulit yang bersinar dari dalam serta sihat, teh hijau adalah jawapannya.

Kebaikan Teh Hijau

Mungkin ramai yang pernah dengar mengenai teh hijau, tapi tidak suka akan kerana rasa yang lain daripada teh yang biasa ataupun kerana kurang pendedahan kepada khasiatnya. Sebenarnya, teh hijau mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk badan anda, membantu untuk menurunkan berat badan, untuk cantik dan juga mencegah sesetengah penyakit.

Foto – HowToXP.com

Teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada panahan cahaya matahari.

Teh hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat dan kerap memproses lemak yang tersimpan dalam badan. Polifenol yang terkandung dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

Foto – Legion Athletics

Kita cenderung untuk mendapat penyakit apabila badan berada dalam tekanan. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk minum teh hijau ini kerana ia juga dipercayai mampu menghilangkan stress dan penat. Secawan teh hijau yang panas pastinya akan membuatkan anda kembali tenang.

Selain boleh menurunkan lemak, teh hijau juga mampu menurunkan kadar gula dalam badan jika seseorang itu mengamalkannya secara berterusan. Minuman ini ternyata sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Mana tahu cara Pony boleh merawat muka anda yang bermasalah. Tak cuba, tak tahu kan.

Selamat Beramal!

BACA  Tambah Seri Wajah, Ni Sebab Kamu Kena Pakai Primer Walau Tak Mekap