Pernah menginap di hotel DoubleTree by Hilton? Tahu tentang biskut cip coklat yang ikonik?
Pertama kali memasuki ruang pintu DoubleTree, pekerja memberikan biskut cip coklat sebagai tanda selamat datang. Difahamkan ia merupakan merupakan tradisi DoubleTree untuk menyediakan biskut cip coklat kepada semua tetamu yang datang menginap di hotel mereka.
Apa yang menariknya dengan biskut ini? Biskut ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang sihat dan tiada sebarang pengawet. Jika anda menyimpan paket bungkusan biskut dalam keadaan yang baik, ia akan tetap segar selama dua minggu ataupun membiarkan sehingga enam bulan lamanya. Tetapi sebaik sahaja dibuka, Wanista mengesyorkan anda untuk terus makan.
Walaupun biskut ini cukup familiar dikalangan pelancong, tetapi terdapat beberapa fakta yang mengejutkan tentang biskut ini.
DoubleTree mengalukan tetamu dengan biskut cip coklat hangat dan lazat selama lebih dari 30 tahun
Tradisi biskut cip coklat sudah dimulakan sejak beberapa dekad yang lalu, bermula pada tahun 1986. Pada masa itu mereka hanya memberikan kepada tetau semasa perkhidmatan turndown (merujuk kepada amalan kakitangan memasuki bilik tetamu untuk menyediakan tempat tidur). Kemudian pada tahun 1995, DoubleTree sepakat memberikan biskut kepada para tetamu yang check in. Tradisi terus mekar di seluruh dunia sehingga hari ini.
Kira-kira 75,000 biskut DoubleTree diberikan setiap hari, lebih daripada 27 juta setiap tahun
Bayangkan dengan lebih daripada 500 hotel di seluruh dunia dan tetamu menginap masuk setiap masa, tidak terkejut bila mendapati kira-kira 75,000 biskut diberikan setiap hari.
DoubleTree menggunakan lebih daripada satu juta paun cip coklat Ghirardelli setiap tahun
Selalunya berapa keping yang anda dapat setiap kali mengunyah biskut cip coklat? Anda tidak akan menghadapi masalah dengan biskut DoubleTree. Dengan begitu banyak cip coklat tidak menghairankan mengapa setiap biskut mempunyai berat lebih daripada dua auns, katanya kira-kira 20 cip koklat diletak pada setiap biskut.
Biskut DoubleTree dibakar setiap hari di hotel
Dilaporkan untuk menjadikan biskut rasa segar dan lazat sebaik mungkin, kesemuanya akan dibakar setiap hari di setiap hotel. Tidak dibuat di tempat lain, hanya ada di hotel yang anda menginap sahaja.
Laci pemanasan dibina di kaunter pendaftaran
Tertanya-tanya bagaimana biskut rasa hangat sepanjang masa? Tahukah, laci pemanasan dibina di meja kaunter daftar masuk. Hal ini bagi memastikan setiap para tetamu peroleh biskut yang masih hangat yang baru keluar dari ketuhar sahaja. DoubleTree sebaik mungkin mahu memberikan perkhidmatan paling terbaik untuk tetamu yang check in pada siang atau tengah malam.
DoubleTree menawarkan alternatif tanpa kacang
Pada tahun 2017, DoubleTree mula menawarkan alternatif tanpa kacang pada biskut klasik. Kini para tetamu dengan alahan kacang dapat menikmati biskut seperti biasa tanpa sebarang kerisauan. Untuk pengetahuan anda, biskut DoubleTree adalah vegan dan tidak mengandungi sebarang ramuan tiruan.
Rahsia untuk mendapatkan lebih banyak biskut DoubleTree selama penginapan
Anda hanya perlu bertanya sahaja! Sesetengah orang mendakwa bahawa jika anda berjalan masuk dan dengan sopan meminta biskut, pekerja di situ biasanya akan memberi dengan senang hati. Ingat, bila bertanya biar sopan dan balas dengan senyuman semanis mungkin.
Setiap kali ke Penang, penulis pasti memilih DoubleTree Resort by Hilton Penang kerana biskut cip coklat yang sangat sedap.
Baca : Menginap Di DoubleTree Resort by Hilton Penang, Apa Yang Wanista Suka…