Cuba teka yang mana satu Miss Universe Filipina 2015, Pia Wurtzbach yang sebenar?
Pia Wurtzbach adalah orang Filipina pertama diberi penghormatan menghasilkan patung lilin ikonik dari Madame Tussauds.
Didedahkan kepada umum semalam, rata-rata tetamu yang hadir terpaksa melihat beberapa kali patung lilin tersebut kerana setiap butiran pada rambut, anggota badan, gaun, mahkota sehingga ke solekan benar-benar asli, langsung tidak nampak seperti buatan semula.
Pia menjelaskan patung lilin dengan persalinan gaun biru rekaan Michael Cinco dibuat selepas mendapat ilham ketika beliau menyarungkan tiara kepada Miss Universe 2016 dari Perancis.
Madame Tussauds menjelaskan ia mengambil masa beberapa bulan untuk membuat Pia Wurtzbach. Patung lilin akan dipindahkan ke cawangan Madame Tussauds di Hong Kong pada bulan April ini bersama selebriti Brad Pitt, Angelina Jolie, Jackie Chan, Lady Gaga dan ramai lagi.
Langsung tak ada cacat cela, terlalu sempurna… Syabas Madame Tussauds!