Cinta & Perhubungan

Rasulullah Lebih Romantik Dari Hero Dalam Filem Cinta! Lelaki Sila Baca

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Rasulullah Lebih Romantik Dari Hero Dalam Filem Cinta! Lelaki Sila Baca

Orang kata kalau nak jadi suami yang yang baik, jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai contoh kerana nabi memang menjaga rapi tertib dalam berumah tangga.

Ketahuilah kamu bahawa seperti mana kita mengagung-agungkan watak hero dalam drama atau filem kegemaran kita kerana mereka itu mampu melayani isteri dan teman wanita mereka secara gentlemen, di zaman lampau kita ada Rasulullah yang juga begitu romantis terhadap para isterinya.

Jika sebelum ini penulis pernah kongsikan 5 perkara yang Rasulullah amalkan untuk menjamin kebahagian suami isteri, istimewa buat pembaca kali ini…Wanista ingin kongsikan pula beberapa perbuatan dan cara romantis Rasullulah yang boleh diukuti para suami suapay isteri jadi wanita paling bahagia di dunia.

#1 Suami Sering Cium Isteri

Di antara sisi romantis Rasulullah saw, beliau gemar mencium isterinya sebgaai contoh, sebelum keluar untuk solat. Dari Aisyah:“Bahawa Nabi saw mencium sebagian istrinya kemudian keluar menunaikan shalat tanpa berwudhu dahulu.” (HR Ahmad).

Untuk kita, bolehlah suami mencium isteri setiap kali sebelum keluar rumah, sebelum ke pejabat dan setiap kali pulang ke rumah bertemu isteri. Cium sahaja isteri bila-bila masa dan itu adalah pahala yang paling mudah dikecapi dan seterusnya membahagiakan pasangan suami dan isteri.

#2 Bersandar Di Dada Isteri & Tidur Atas Peha Isteri

Ia merupakan suatu gambaran yang indah bila Rasulullah saw dahulunya sering memanjakan dirinya dengan isteri termasuklah bersandar pada bahagian hadapan tubuh isterinya Aisyah sambil meletakkan kepalanya di bahagian dada Aisyah, lalu, apabila mahu berbaring, dia meletakkan kepalanya di atas pangkuan Aisyah -meskipun waktu itu Aisyah sedang haid.

#3 Mandi Bersama

Perkahwinan menghalalkan hubungan antara wanita dan lelaki, jadi segala perbuatan yang memperlihatkan tubuh masing-maisng adalah tidak salah bukan? Jadi Rasulullah saw dahulu sering mandi bersama isterinya untuk menjalin keharmonian rumah tangga.

Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata:“Aku pernah mandi dari jinabat bersama Rasulullah saw dengan satu tempat air, tangan kami selalu bergantian mengambil air.” (HR Mutafaqun ‘alaih).

#4 Makan Sepiring, Minum Secawan

Masa bercinta dahulu mesti ada kongsi-kongsi makan di kedai kan? Ha, janagn masa bercinta je buat. Masa bercinta buat tak dapat pahala. Tapi kalau buat lepas kahwin, berganda-ganda pahalanya apabila suami dan isteri berkongsi makan dalam satu pinggan yang sama.

Rasulullah melakukan perkara ini untuk menonjolkan rasa cintanya terhadap isterinya tanpa merasa jijik atau geli -walaupun perlu memakan sisa isterinya.

Aisyah berkata: “Pernah aku minum, sedangkan aku pada saat itu sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah saw dari cawan yang sama, di mana beliau melekapkan mulutnya betul-betul di tempat bekas aku minum, lalu beliau minum.” (H.R. Muslim)

#5 Gurau Senda Legakan Amarah Isteri

Biasanya suami akan ‘bengang’ dengan isterinya jika isteri mulai membebel atau marah-marah tentang sesuatu perkara sehinggakan, ada suami yang sanggup menaikkan tangan terhadap isteri atau memaki si isteri kembali, tetapi tidak dengan Rasulullah saw.

Nabi saw biasa memicit/mencubit hidung Aisyah jika dia marah dan beliau berkata: Wahai Aisyah, bacalah doa, “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” (HR. Ibnu Sunni)

#6 Melaga Pipi Antara Suami Isteri

Ustaz Ebit Liew dalam sebuah ceramahnya pernah memberitahu bahawa baginda Rasulullah saw sering mendukung isterinya sambil isterinya berpaut di belakang badan Rasulullah lalu mereka menyentuhkan pipi satu sama lain di mana pipi Rasulullah terkena pipi Aisyah.

#7 Bersukan Dengan Isteri?

Mungkin ramai di antara kita memikirkan banyak wang akan dikeluarkan jika mahu berdua-duaan dengan suami atau isteri tetapi dhaulunya Rasulullah bijak melakukan aktiviti berfedah dengan isterinya. Main kejar-kejar dengan suami isteri pun boleh jadi seronok tau?!

Aisyah berkata: “Aku keluar bersama Rasulullah saw (dalam sebuah perjalanan) dan ketika itu aku masih ramping. Lalu kami berhenti di sebuah tempat perhentian, kemudian ia berkata kepada para shahabatnya, “majulah kalian terlebih dahulu (untuk berlumba)”. Hal itu dilakukan agar tidak ada dari mereka yang melihat gerakan isteri beliau saat perlumbaan. Kemudian beliau berkata kepadaku, “kemarilah hingga aku berlomba denganmu.” Lalu beliau berlomba denganku dan aku mampu mendahuluinya. (H.R. An Nasai)

Mulai daripada hari ini, bolehlah cuba amalkan perlakuan-perlakuan ini sesama suami isteri. Untung-untung rumah tangga boleh bahagia till jannah nanti.

Apa yang penting, lelaki sebagai ketua keluarga perlulah sentiasa menghargai isteri, sanggup melayani karenah isteri, menyenangi isteri dan memuliakan isteri.

Sumber: idntimes.com

Dari Aisyah, ia mengatakan: Beliau (Nabi) adalah orang yang paling lembut dan banyak menemani istrinya yang sedang mengadu atau sakit. (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)

Rasulullah saw bersabda: Sebaik-baik para suami, adalah mereka yang bisa bersikap baik terhadap istrinya.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian ialah yang paling baik terhadap istrinya.” (HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits hasan shahih).

Selamat beramal! ❤️

RUJUKAN 1, 2, 3

BACA  5 Konsep "Pre-Wedding" Paling Sempoi Untuk Bakal Pengantin 2019