Kalau dahulunya susuk gadis berusia 26 tahun ini popular menerusi pertandingan nyanyian realiti televisyen Mentor Legend 2014 bersama mentor Ratu Rock Malaysia, Ella, kini Aina Abdul sudah semakin matang memajukan karya seninya supaya dilihat dan didengar masyarakat.
Kali terakhir dilihat menyanyikan runut bunyi berjudul “Ribut Hati” untuk filem Tombiruo sebelum terus mendiamkan diri buat beberapa ketika. Menurut Aina, beliau mengalami sedikit kemurungan berikutan karier seninya boleh dikatakan tidak menyerlah sejak pertandingan Mentor Lagend tamat beberapa tahun dahulu.
Aina juga mengaku yang telah pelabagai usaha cuma dilakukan untuk menyerlahkan dirinya namun tetap tidak menjadi sehingga membuatkan dirinya tertekan kerana mengalami masalah rendah diri, lebih-lebih lagi apabila melihat rakan-rakan lain yang sudah berjaya dalam bidang nyanyian.
Walau bagaimanapun, waktu kebelakangan ini banyak mengajar Aina untuk positif dan beliau nampaknya sudah kembali yakin sejak single Bahasa Inggerisnya yang dijayakan beberapa bulan lalu kian mengembalikan perhatian peminat dan ramai mengakui single berjudul Shadow itu sememangnya mampu berdiri sama tinggi dengan lagu-lagu antarabangsa lain.
Tonton Muzik Video “Sumpah” oleh Aina Abdul
Tampil pula dengan single “Sumpah” yang baharu dilancarkan awal minggu ini, Aina memperkuat kredibiliti lagu dengan sebuah muzik video yang memeperlihatkan dirinya bergandingan dengan aktor dan pengacara kacak, Qi Razali.
Dalam muzik video tersebut, Aina juga banyak menyelitkan elemen kemurungan serta perihal penyakit Skizofrenia demi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang permasalahn itu yang sebenarnya banyak meracuni individu hari ini.
Boleh muat turun lagu “Sumpah” oleh Aina Abdul menerusi Spotify, Joox, Apple Music dan iTunes. Untuk keterangan lanjut sila klik [facebook.com/ainaabdul.music].
Wanista ucapkan selamat maju jaya buat Aina Abdul! ❤️