Tips

Kawan Korang Kuat Bohong, Nak Tinggalkan Atau Bertahan?

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Kawan Korang Kuat Bohong, Nak Tinggalkan Atau Bertahan?

Sahabat adalah orang yang dipercayai wanita setara dengan keluarga dan pasangan mereka, bahkan lebih. Namun apa jadinya jika mempunyai sahabat yang suka berbohong? Mesti tekanan bukan?

Satu hal yang agak mengganggu adalah kebiasaan sahabat yang suka berbohong. Tidak hanya sekali dua kali, tapi berkali -kali. Adakalnya, sahabat anda menceritakan rahsia anda pada orang lain. Anda percaya pada sahabat anda tetapi si sahabat ni ringan mulut sibuk cerita dekat orang lain. Mesti pernah alami perkara sebegini bukan. Padahal ianya rahsia anda berdua tetapi tiba-tiba ada orang ketiga yang menyibuk pula.

Jadi, sahabat sebegini harus dijauhi atau anda bertahan saja dengan sikapnya itu?

Lindungi diri

Jika anda masih ingin bertahan bersahabat dengannya, maka cara terbaik adalah melindungi diri anda. Jika dia suka menceritakan hal -hal peribadi dan rahsia anda pada orang lain maka jangan sesekali percaya dia akan menjaga rahsia walau apapun. Jangan terlalu berharap dia akan menghentikan kebiasaan berbohongnya, Andalah yang harus melindungi diri sendiri agar tidak menjadi korban pembohongannya.

Mengapa dia berbohong?

Sahabat anda berbohong mungkin bersebab, cuba duduk semeja dan tanya kenapa dia perlu bersikap sebegitu. Ada setengah orang sanggup berbohong akan perihal peribadinya. Dia seperti bangga diri menceritakan kehebatannya padahal semuanya itu bohong belaka. Kenapa sampai begitu. Semua yang keluar dari mulutnya adalah pembohongan, sanggup anda nak berkawan dengan orang sebegitu. Kalau, anda rasa perlu tahu cuba cakap baik-baik dan tanya keadaannya yang mungkin anda boleh tolong.

Tunjukkan perasaan sebenar

Dibohongi adalah hal yang menyakitkan. Anda boleh menunjukkan sikap kecewa pada sahabat akibat pembohongan yang dilakukannya. Menunjukkan rasa kecewa kerana dibohongi boleh membuatkan dia menyedari bahawa tindakannya salah, dan semoga saja dia tidak melakukan hal yang sama. Namun anda tetap perlu berhati -hati.

Kalau anda terganggu dengan pembohonganya, anda mungkin boleh menjauhinya secara perlahan-lahan. Atau lebih baik jika anda jelaskan perihal yang sebenar. Yelah takkan main pergi macam itu saja.

Selamat Beramal!

BACA  Seronoknya Melancong Bagai Orang Kaya Ikut Cara Universal Traveller!